Dato’ Lee Chong Wei tidak akan menjadi pemain badminton buat selamanya. Tiba masanya beliau pasti akan bersara. Ramai yang mengenalinya sebagai pemain badminton No.1 dunia tetapi Lee Chong Wei adalah lebih daripada itu.

Selain sukan badminton, beliau juga menceburi bidang lain yang menyumbang kepada aset beliau. Aset Lee Chong Wei kini dikatakan mencecah RM300 juta dan semestinya aset-aset Chong Wei ini bukan datang hanya dari hadiah kemenangan yang beliau menangi di kejohanan dunia. Di bawah adalah beberapa bidang dan faktor yang menyumbang kepada nilai Lee Chong Wei untuk tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Menjadi duta produk

111 lcw

Rasanya pasti anda biasa lihat Lee Chong Wei menjadi wajah untuk sesuatu produk. Antara produk yang menjadikan Lee Chong Wei sebagai duta adalah Pentens, Kaspersky Anti-Virus, Samsung mobile, syarikat telco XOX, 100 Plus, Yonex dan banyak lagi.

2. Memiliki syarikat Chong Wei Binajaya

1. lcw

Syarikat pemaju perumahan milik Chong Wei, Chong Wei Binajaya mungkin baru tetapi anda boleh lihat menerusi iklan ini, syarikat ini sudah mengendalikan projek perumahan yang esklusif di mana harga seunit rumah bernilai jutaan ringgit.

3. Memiliki pusat sukan Sports Arena Sentosa

3 lcw

Siapa yang pernah menggunakan fasiliti Sports Arena Sentosa? Kalau pernah, tempat ini dimiliki oleh Lee Chong Wei. Selalukan diri berkunjung ke sini. Untung-untung anda boleh menuntut ilmu dengan Lee Chong Wei suatu hari nanti.

4. Memiliki 6 buah kereta mewah dan set jam tangan berjenama

4 lcw

Sehingga kini Chong Wei memiliki koleksi Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1. Beliau juga dikatakan penggemar jam tangan dan mempunyai koleksi jam tangan berjenama yang hebat.

Namun, beliau menepis andaian mengenai nilai aset beliau ini. “Kalau saya ada RM300 juta, sudah lama saya berhenti bermain badminton dan duduk di rumah sahaja. Nak dapat RM10 juta pun agak payah kerana sukan badminton tidak seperti sukan golf atau tenis di mana nilai hadiah kemenangannya sangat besar,” kata Lee Chong Wei.

Bagi saya, tidak mustahil dengan kerja keras beliau selama ini beliau mampu mengumpul aset sehingga RM300 juta. Baru-baru ini, beliau turut mendapat sebuah kondominium yang bernilai RM1.5 juta di Taman Maluri dan wang tunai RM110,000 dari XOX Mobile hasil usaha kerasnya di Olimpik Rio. Murah rezeki Dato’!