Sukan SEA 2019 di Filipina belum membuka acaranya dengan rasmi tetapi sudah panas ceritanya dengan sikap tuan rumah yang gagal menyiapkan segala fasiliti.

Tidak reda dengan situasi acuh tidak acuh sikap tuan rumah, Filipina kini dilaporkan telah meminjam wang daripada bank Malaysia bagi membiayai Sukan SEA kali ini.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain
Baca lagi →

Khabar ini hadir sendiri daripada mulut Pemimpin Minoriti Senat Franklin Drilon dimana beliau berkata hampir RM900 juta biaya Sukan SEA di Filipina hadir daripada bank Malaysia.

20191119-senate-seagames-budget-gc-4583

Franklin Drilon – ABS/CBN

Dana yang diperlukan oleh tuan rumah untuk menjayakan Sukan SEA kali ini adalah RM1.3 bilion dan sekitar separuh daripada dana hadir daripada pinjaman bank tersebut.

Pinjaman itu akan meninggalkan Filipina dengan beban hutang sekitar 5 tahun untuk dilangsaikan kepada bank Malaysia.

Drilon sebelum ini terkenal dengan suara lantangnya yang terus menerus mengkritik acara Sukan SEA di negaranya sendiri.

Beliau sebelum ini mengkritik kerajaan Filipina yang sanggup menghabiskan sekitar RM4 juta bagi membina tempat menyalakan obor Sukan SEA.

BCDA nafi laporan Drilon

Pihak Berkuasa Penukaran dan Pembangunan (BCDA) menafikan dakwaan bahawa mereka telah meminjam daripada bank Malaysia bagi menjayakan Sukan SEA 2019.

BCDA dalam satu kenyataan menyatakan bahawa segala dana Sukan SEA di Filipina telah melalui Akta Peruntukan Am yang diluluskan oleh pihak Kongress dan melalui perbelanjaan syarikat pemaju sendiri iaitu MTD Group.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh BCDA menyatakan bahawa segala fasiliti yang dibina menjelang Sukan SEA Manila 2019 telah dibangunkan melalui perjanjian usaha sama antara BCDA dan MTD Group.

20191121-alan-cayetano-sea-games-gc-7192

Alan Peter Cayetano – ABS/CBN

Untuk rekod, sehingga sekarang tiada apa-apa bayaran telah dilakukan oleh pihak BCDA kepada MTD Group kerana kedua-duanya termaktub di dalam perjanjian yang menyatakan bahawa segala bayaran akan berlaku apabila segala projek telah selesai dan telah diterima oleh BCDA.

Manakala sumber terdekat kami juga menyebut bahawa pihak MTD Group telah melaksanakan projek ini melalui sumber pembiayaannya sendiri dan BCDA menafikan bahawa wujud satu perjanjian pinjaman kewangan bagi melaksanakan projek ini.

Bagi Ketua Penganjur Sukan SEA, Alan Peter Cayetano, persoalan dana itu hadir daripada mana tidak sepatutnya timbul kerana segala pembiayaan telah digunakan dengan cekap dan cermat.

Walau bagaimanapun, BCDA menegaskan bahawa dana yang diperolehi daripada mereka bukanlah daripada pinjaman mana-mana bank, tetapi melalui perbelanjaan pihak pemaju iaitu MTD Group.

Filipina sebelum ini telah terpalit dengan isu fasiliti yang tidak lengkap. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Keadaan Semasa Rizal Memorial Stadium, 7 Jam Sebelum Sepak Mula Acara Bola Sepak Sukan SEA 2019

Anda Mungkin Suka