Ketika kisah Corningware vintage viral dijual sehingga USD6,000 tempoh hari, ramai orang kelam kabut buka almari dapur dan hubungi mak dan nenek masing-masing kat kampung tanya ada lagi ke tak set mangkuk Corningware ni.

Semua pun dah tersenyum sorang-sorang sebab bakal jadi kaya sekelip mata, betul tak?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ya, memang betul! Saya pun tak terkecuali, haha.

Apa yang saya dapat tahu tentang set mangkuk ini:

1. Harga asalnya hanya dijual pada harga RM400-RM600 sahaja untuk 1 set.

2. Kalau ianya betul-betul original, dibuat dari Amerika Syarikat dan yang betul-betul vintage ada nombor siri di bahagian bawah pemegang dia. (Haaa..cuba cek tengok.)

corning2aaa

corn1

3. Ianya boleh digunakan untuk masak terus atas dapur gas dan boleh dihidangkan terus atas meja tanpa perlu tukar ke bekas yang lain pula.

4. Pernah jadi trend satu ketika dahulu golongan mak-mak siap buat kutu beramai-ramai lagi semata-mata nak beli set mangkuk ini.

5. Kalau tanya mak or nenek kita, confirm dia tak bagi jual set mangkuk ni. Letak la harga berapa-berapa pun. Sayang kot, hehehe..

6. Kelebihan paling best pada set mangkuk ni adalah walaupun dah berusia berpuluh-puluh tahun, ianya masih kelihatan macam baru. Betul tak?

Setelah saya buat kajian di online dan merujuk kepada pakar barang antik, ini kesimpulan  yang saya dapat buat.

Sebenarnya eBay seller tersebut cuba memanipulasikan harga tersebut sahaja. Sebab kalau betul-betul ‘rare’ dan ramai orang nak, mestilah ramai orang ‘offer’ or ‘bid’.

ebay2

Tapi takde pun. Tiba-tiba je ada SOLD.

Pakar barang antik yang bernama Adam Zimmerman berkata, walau rare macamana pun, harga utk setiap unit mangkuk ini hanya bernilai USD100 – USD150 sahaja.

Sangat mustahil ada orang sanggup bayar sehingga USD6,000 untuk barangan macam ni sekalipun ianya sudah berusia lebih 30 tahun.

Saya sendiri pun lihat, tiba-tiba ramai je orang Malaysia dah mula listing kat Ebay dan Lazada dengan harga RM1,000 ke atas.. Belum jumpa lagi yang betul-betul dijual secara ‘real’. Yang dummy banyak.

Jadi? Berhuhu la kita semua yang ada simpan set mangkuk ni. Boleh simpan dalam almari semula ya.

p/s: Apa-apa pun, ini adalah sekadar pendapat peribadi dari saya berdasarkan kajian saya sendiri. Kalau ada yang betul-betul terjual tu, memang rezeki anda.

Baca perkongsian kami mengenai mangkuk lauk Corningware yang kembali menjadi topik hangat selepas harganya dikatakan mencecah sehingga ribuan ringgit sebelum ini melalui pautan di bawah.

Set Mangkuk Klasik Kembali Jadi Buruan, Cecah Harga Ribuan Ringgit Di Internet

Status Halal Diragui, Ini Penjelasan Pejabat Mufti Mengenai Set Pinggan Mangkuk ‘Bone China’