Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Muhammad Farid Wajdi. Kesimpulan yang kami dapati daripada penulisan ini, haruslah kita sentiasa merendah diri dan berusaha – tidak kira betapa tinggi atau rendah hidup kita pada masa yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Orang selalu cakap yang budak yang dapat CGPA 2.5 sebenarnya lebih pandai dan bijak daripada budak CGPA 4.0.

Tapi aku tak setuju.

Budak-budak yang cemerlang ni, mereka dapat cemerlang sebab:

Mereka fokus dalam kelas, pergi kelas setiap hari, pergi tutorial tanpa ponteng, pergi kelas awal waktu, assignment buat kemas-kemas, exam mid sem buat bersungguh-sungguh, belajar untuk kuiz macam belajar untuk final, belajar untuk ujian 5 markah macam belajar ujian 50 markah,
masuk persatuan, masuk pertandingan, dan betul-betul beri komitmen pada aktiviti kokurikulum.

Bezanya dengan kita, yang kita buat:

Dalam kelas main handphone, ponteng kelas, ponteng tutorial, masuk kelas lambat gila, nama pensyarah pun tak kenal, assignment buat last minit, exam mid sem meniru, kuiz meniru, kuiz 5 markah langsung tak belajar, tidur lambat bangun lambat, ada masa lapang pergi dating dengan awek, persatuan tak nak masuk, kelas kokurikulum pun tak nak pergi, dan entah semua benda berkaitan universiti kita tak peduli.

Akhirnya, bila kita dapat keputusan tak bagus, dan dia dapat keputusan bagus, argument kita dengan sombongnya kata,

“Alaaa.. Budak cemerlang macam tu, pandai belajar je. Kat luar nanti, fail jugak.”

Alahai, macam power sangat pulak kita ni dibandingkan dengan mereka.

Tahu tak yang Tuhan akan berikan nikmat yang lebih kepada hambaNya yang lebih usaha?

BACA: Kesan Buruk Jangka Panjang Kerana Meniru Masa ‘Exam’

BACA Lagi: Nasihat Usahawan Ini Tentang Berhenti Belajar Untuk Berniaga Sangat Jujur Dan Menarik Perhatian

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram