Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

eCurve Mutiara Damansara adalah salah sebuah pusat membeli belah yang sudah lama bertapak di Lembah Klang.

Terbaharu, heboh di media sosial bahawa pusat membeli belah yang menghubungkan The Curve dan IKEA ini bakal ditutup pada 31 Mac nanti.

Berita ini mula dilaporkan oleh Malaysia Shopping Mall di laman Facebook mereka sejak semalam lagi.

Ia turut mendapat perhatian ramai netizen apabila kebanyakan daripada mereka menitipkan mesej terakhir sambil mengimbau kenangan di sana.

Malaysia Shopping Mall melaporkan bahawa melalui penyewa premis di sana, difahamkan bahawa pusat membeli itu akan ditutup sepenuhnya bermula 31 Mac nanti.

“Semoga tetap kuat untuk semua penyewa dan pemunya premis, masa sukar tidak akan kekal selamanya, mari bersatu dan berjuang,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.

Tidak pasti apakah ini laporan yang sahih atau pun tidak, namun ia pasti memberi kesan kepada mereka yang membesar di sekitar kawasan Damansara.

Untuk rekod, The Vocket sudah pun menghubungi pihak eCurve untuk mendapat maklumat lanjut mengenai isu ini, tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Kemaskini : Malay Mail dalam laporannya menyatakan bahawa laporan mengenai penutupan eCurve adalah benar setelah salah seorang penyewa di sana sudah mula mengosongkan premis mereka.

Pemilik kedai dobi, Rebecca Chong, mengatakan bahawa beberapa kedai telah memilih untuk menghentikan operasi kerana mereka tidak mendapat pelanggan di tengah wabak tersebut.

Terdahulu, rakyat Malaysia serta bekas hos kongsi kenangan indah bersama ntv7. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Malaysia Serta Bekas Hos Kongsi Kenangan Indah Bersama ntv7

Anda Mungkin Suka