Selesai satu isu timbul pula satu lagi isu baharu yang dibuat oleh Nas Daily melalui video terbaru yang telah dimuat naik pada hari Isnin yang lalu. Video ini bertajuk ‘The Almost Perfect Country’.

Dalam video ini beliau menceritakan bahawa Negara Singapura merupakan negara paling sempurna yang beliau pernah lawati sepanjang beliau melancong di seluruh dunia. Adakah benar dakwaan Nas ini? Kami ada bertanyakan perkara ini kepada teman yang berada di Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakan penduduk Singapura bersetuju kos sara hidup yang sangat tinggi antara sebab menetap di Singapura adalah sangat mencabar. Hal ini sekaligus telah membuatkan mereka terpaksa bekerja (walaupun sudah berumur) dan banyak menghabiskan masa di tempat kerja.

Selain itu, negara mereka juga ternyata mempunyai beberapa peraturan yang tidak masuk akal. Dikatakan negara mereka telah memasang sebanyak 3 juta buah kamera CCTV di kawasan bandar mereka. Kawalan yang begitu ketat juga telah menyebabkan mereka tidak mempunyai privasi dan menjadikan rakyatnya hidup ibarat robot.

Bagi kami video ini hanya menggambarkan sebahagian sahaja kehidupan rakyat di sana kerana Nas hanya datang sementara dan bukannya menetap terus sebagai rakyat Singapura. Sekiranya beliau mengatakan bahawa Singapura merupakan tempat menarik yang boleh dilawati sebagai pelancong, kami setuju.

Di ruangan komen video ini juga turut mendapat reaksi pelbagai. Antaranya komen daripada seorang guru dari Malaysia, VSundrram. Beliau berpendapat walaupun Nas mengatakan beliau tidak ‘dibayar’ untuk membuat video berkenaan Singapura, dengan terhasilnya video ini ianya terlalu jelas sebenarnya beliau dibayar. Malah lebih menarik Nas sendiri dapat berjumpa dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

nas comment

Jika benar Singapura membayar Nas membuat promosi tentang negara berkenaan, mereka memilih influencer yang tepat untuk menceritakan tentang negara Singapura. Tetapi untuk rakyat Malaysia yang lebih mengenali ‘perangai sebenar’ segelintir rakyat Singapura, video oleh Nas di Singapura sangat one sided.

Beliau pun sudah tidak lagi berada di Singapura dan semoga di masa hadapan, Nas akan terus menghasilkan konten yang menarik; tidak seperti sebahagian video tentang Singapura yang terlalu ‘menjual’.

Sebuah pesawat perisikan Israel yang terbang ke Singapura melalui ruang udara Malaysia menjadi tandi tanda tanya. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pesawat Pengintip Ujian Israel Didapati Rentas Ruang Udara Malaysia Sebelum Ke Singapura

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Nas Daily ‘Mohon Maaf’, Adakah Ia Ikhlas?