Dalam minggu lalu, kecoh tentang satu produk ini yang dikhabarkan boleh dijadikan pengganti untuk ais batu. Ianya satu produk yang anda boleh beli di Daiso dan ianya memang diperbuat daripada batu yang sebenar.

Jadi disebabkan rasa ingin tahu, kami ke Daiso untuk membeli sendiri produk Stone Ice Cube ini. Hebatnya ianya sold out di sebahagian cawangan Daiso dan kami dapat beli batu ais ini di Daiso One Utama. Di sini pun produknya hampir-hampir sold out.

Stone Ice cube 2

Stone Ice Cube di cawangan Daiso, One Utama

Dalam penerangan pada produk ini, sebelum menggunakan batu ini anda perlu membasuhnya terlebih dahulu dan kemudiannya menyejukkannya selama paling minimun 3 jam untuk kesan yang maksima.

Jadi selepas 3 jam berlalu apa yang terjadi kepada batu ini? Ya, batu ini jadi sangat sejuk tetapi dapatkah ia mengekalkan kesejukan seperti ais biasa?

Jawapannya tidak. Kami cuba masukkan batu ini di dalam gelas berisi air suam dan air tersebut jadi sejuk. Tetapi hanya sedikit sahaja. Selepas dibiarkan beberapa minit, batu ini pun hilang sejuknya dan air pun jadi seperti biasa sahaja.

Jadi untuk menjadikan batu ini sebagai pengganti ais, ianya tidak sesuai kerana ianya tidak dapat mengekalkan kesejukan seperti ais. Pada pandangan kami, kami rela minuman kami ditimbuni ais dan dibiarkan ianya melarut dalam minuman.

Satu lagi, batu ini tidak mungkin boleh digigit seperti ais biasa. Jadi keseronokkan minum air sejuk dengan ais itu lebih nikmat apabila ais dapat digigit. Kalau beli batu ini, gigi anda yang hancur jika gigit.

Untuk mencuba konsep batu ini, jika rumah anda lesung batu cuba sejukkan lesung batu ini semalaman dan esok harinya, masukkan ke dalam jug minuman anda.

Jadi pada pandangan kami, Stone Ice Cube ini mungkin berguna (di Jepun mereka gunakan batu ini untuk sejukkan minuman wiski) tetapi dari segi kepuasan, ianya langsung tidak boleh lawan ais batu yang sebenar. Kami ada 8 ketul batu ini dan rasanya kami akan buat batu ini sebagai perhiasan sahaja.

Tambahan lagi, ianya tidak begitu praktikal untuk digunakan dalam kumpulan yang besar kerana saiz batu ini yang kecil. Jadi pada anda yang mungkin sudah membeli, adakah anda bersetuju dengan kami? Kalau anda beli lebih, buat main batu seremban pun seronok juga batu-batu ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group