
Tidak cukup dengan tudung, kini Neelofa tampil dengan produk terbaharu iaitu minuman susu pisang yang dijenamakan sebagai Nilofa.
Sebut sahaja minuman susu pisang, pasti ada daripada anda yang sudah terbayang kelazatan minuman tersebut yang terkenal di Korea. Kiranya macam tidak lengkap jika ke Korea jika tidak cuba minuman tersebut.
Terbaharu, kecoh di Twitter tentang iklan yang dipasarkan oleh minuman susu pisang Nilofa dimana mengandungi pelbagai khasiat. Menerusi iklan tersebut, susu pisang itu dikatakan mampu untuk mengurangkan obesiti, buang toksik daripada badan dan sebagainya.
Berikutan itu, rata-rata netizen mengatakan apa yang diiklankan adalah palsu kerana tidak mungkin minuman mengandungi gula yang tinggi memiliki khasiat sedemikian.
False advertising panggil banana milk is one thing, tipu pasal khasiat is another. Mana datangnya potassium n fibre tu kalau pisang pun takde? Also the sugar content is actually quite high takyah nak sesuai untuk diet sangat. Nak diet makan pisang! https://t.co/DZ01TquC5K pic.twitter.com/pYKGVV59R5
— DIVA JJ TERSOHOR (@arxxxxmand) November 28, 2019
Haiyooo boleh ke advertising mcm ni. Siap ckp boleh kawal insulin, kurang obesiti segala???? Padahal susu ngko pisang pun non hadooo?????
— Kak Jah Sungai Dua🤭 (@XXXbyefelicia) November 28, 2019
Susu pisang Nilofa is a scam, overclaim and crap product. Whoever sells and buys it is an idiot. https://t.co/EylkgUsXLG
— SyahrilShahiran ® (@FameMoon) November 28, 2019
Tak paham apa beza gula dgn gula tambahan? Gula jugak kan? Jumlah gula 9.2g/100ml , gula tambahan 5.6g/100ml. So jadinya gula 14.8g/100ml peh lagi tinggi gula dari coke dengan pepsi kot?? Baik aku minum pepsi ja 😂 https://t.co/X2BVkyOEiH
— samantha? (@nrlsabrinaaa) November 28, 2019
Produk yang menjanjikan kebaikan untuk kesihatan pastinya dapat menarik ramai pihak. Akan tetapi, jika ia tidak bermanfaat seperti yang diiklankan pasti akan mengecewakan penggunanya.
Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Anda mungkin berminat untuk ketahui tip untuk diet. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
10 Tip Kekalkan Penurunan Berat Badan Setelah Penat Lelah Berdiet
5 Kekeliruan Yang Ditimbulkan Oleh Pakar Pemakanan ‘Jadian’, Ini Jawapan Balas Dietitian