Baru-baru ini tular di media sosial mengenai wajah baharu tangga Batu Caves yang dicat dengan pelbagai warna ceria. Pembaharuan ini tentu sahaja bakal menjadi tarikan baharu di Kuil Sri Subramaniar Swamy.

Walaubagaimanapun, konservator Jabatan Warisan Negara (JWN) tidak begitu senang dengan pembaharuan berkenaan kerana dipercayai pihak pengurusan belum mendapat kelulusan sebelum pengubahsuaian dibuat. Difahamkan pihak pengurusan kuil perlu mendapatkan kelulusan mengikut Seksyen 40 Akta Warisan Kebangsaan 2005 kerana seperti sedia maklum kuil tersebut telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia pada tahun 2012.

MGF27082018_WARNA-WARNI-BATU-CAVES01-1

Sumber: malaysiagazette

Menurut kenyataan Ahli Dewan Undangan Kota Sentosa, G. Gunaraj pihak pengurusan kuil perlu menunggu kelulusan demi menjaga struktur asli tapak warisan tersebut.

Walaubagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy, Tan Sri R Nadarajah kerja-kerja mengecat tidak memerlukan kelulusan dari pihak Jabatan Warisan Negara tetapi hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang.

Ironinya, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata pihaknya tidak mempunyai rekod kerja di Batu Caves. Nampaknya masalah diperingkat jabatan yang berbeza antara yang menjadi konflik.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group