Beberapa hari ini tular kisah presiden Rusia, Vladimir Putin yang dilaporkan melepaskan lebih 800 ekor singa dan harimau di jalanan sebagai salah satu langkah ‘brutal’ beliau dalam membedung wabak COVID-19 di Rusia.

Netizen merasakan perkara berkenaan sesuatu yang benar kerana setakat ini, Rusia yang mempunyai penduduk seramai 146 juta hanya mencatatkan 236 kes COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/_Chinioty/status/1241606270878191617

Tetapi gambar berserta caption yang tular sebenarnya adalah hoax dan palsu belaka. Berita palsu ini sangat popular di India, di mana populasi singa dan harimau adalah lebih banyak berbanding di Rusia.

Gambar berkenaan sebenarnya diambil dari laman Daily Mail. Singa berkenaan yang bernama Columbus dibawa ke jalanan untuk tujuan penggambaran satu produksi filem di Johannesburg.

https://twitter.com/suprmansincapa/status/1241806214805295105

Ketakutan terhadap COVID-19 telah mencetuskan pelbagai berita palsu dan ia dikongsikan berulang kali tanpa seorang pun sedar ia sebenarnya tidak benar. Sebenarnya Rusia tidak perlu menggunakan singa dan harimau pun kerana mereka sudah bersedia lebih awal dalam menangani COVID-19 ini.

Langkah awal Rusia ketika COVID-19 merebak ke seluruh dunia adalah dengan menutup sempadan mereka dengan China; sejauh 2,600 batu pada 30 Januari yang lalu. Rusia juga membuka zon kuarantin khas untuk rakyatnya yang dijangkiti COVID-19 bagi mengelakkan virus berkenaan merebak ke seluruh negara.

Rusia bukan sebuah negara yang ‘mesra pelancong’. Sepanjang Januari hingga Disember 2019, Rusia hanya menerima 5 juta pelancong. Jadi, keputusan mereka untuk lockdown adalah keputusan yang bijak kerana mereka dapat mengawal siapa yang masuk dan keluar negara dengan lebih baik.

Hati-hati dengan apa yang anda baca dan kongsi di media sosial. Realitinya, adalah lebih efisien dan berkesan untuk menempatkan tentera dan polis untuk mengawal keadaan berbanding harimau dan singa di jalanan.

Israel baru-baru ini telah meminta bantuan negara Islam untuk menangani COVID-19 di negara berkenaan. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster, Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

Panik Wabak COVID-19 Menular Di Sepanyol, Harga ‘Face Mask’ Melambung Kepada RM1,419

Sumber