Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun memandu kereta kancil berwarna merah. Menerusi video tersebut, ibu kepada budak lelaki itu dikatakan telah terlambat untuk hantar anaknya ke sekolah.

Malah, di dalam kereta yang dipandu budak lelaki itu juga membawa kakak dan adiknya yang duduk di bahagian kerusi penumpang. Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan mencetuskan kebimbangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@

♬ –

Susulan itu, sepasang suami isteri telah menyerahkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam selepas tular video anak mereka memandu kereta.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib menyatakan bahawa Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian telah mengesan video tular bertarikh 10 Mei lalu Facebook (FB) yang dikongsi oleh sebuah akaun dan telah menjalankan risikan terperinci.

Hasil siasatan mendapati video berkenaan dipercayai dirakam oleh anak perempuan wanita terbabit yang berusia 11 tahun menggunakan telefon miliknya.

Menurut Mohammad Shofee, ibu bapa bersama tiga anaknya tampil serah diri ke IPD semalam. Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui bahawa akaun TikTok yang memaparkan video berkenaan juga adalah miliknya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

Malah, pemilik kenderaan yang juga ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Ini Semua Khurafat!’ – Dakwa Mandi Di Tasik Dayang Bunting Mampu Dapatkan Zuriat Cetus Perbincangan Netizen

Nahas 5 Pelajar USAS, Pemandu Treler Ditahan Untuk Siasatan