Polis pada semalam menyaman pemilik kereta Proton Saga yang dipandu seroang kanak-kanak berusia 9 tahun dalam video tular baru-baru ini.

Tindakan saman itu dibuat mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APK 1987) terhadap pemilik kerana membenarkan kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak di bawah umur.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Video kanak-kanak berusia 9 tahun memandu Proton Saga itu sebelum ini tular di media sosial dan menerima reaksi pelbagai daripada netizen yang menontonnya.

Susulan daripada video tular itu, pihak polis kemudiannya menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kanak-kanak dan kereta terbabit yang berada di Negeri Sembilan.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu memandu kereta berkenaan tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berlaku di Kampung Bongek, Rembau,” jelas Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam.

Selain saman yang dikeluarkan, pihaknya juga berkata menerima satu laporan polis dan akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Baca juga kisah penguat kuasa di Johor ini yang menerima tawaran jawatan tetap selepas aksinya menahan peragut sebelum ini tular di pautan di bawah.

Hero Tahan Peragut Ditawarkan Jawatan Tetap Oleh MBJB

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

 

Anda Mungkin Suka