Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kesan bencana alam telah mengorbankan banyak nyawa dan memberi kesan kepada kehidupan manusia. Siapa sangka, hujan yang tidak berhenti turun pada Jumaat dan Sabtu minggu lalu telah menyebabkan kejadian banjir di kawasan Lembah Klang.

Selain daripada itu, bencana alam ini tidak hanya berlaku di Malaysia. Jiran Asia Tenggara kita, Filipina turut menerima kesan yang sama apabila dilanda dengan Taufan Rai. Dua bencana alam yang terjadi di Malaysia dan Filipina ini telah memaksa ribuan orang untuk berpindah malah telah menyebabkan kematian nyawa.

Di Filipina, AFP menyebut lebih 300,000 orang terpaksa meninggalkan rumah dan resort tepi pantai ketika taufan super melanda Filipina pada Khamis lalu. Menurut siasatan polis, jumlah kematian akibat Taufan Rai di Filipina berjumlah 208 orang. Selain itu, seramai 52 orang masih hilang dan 239 orang cedera. Manakala organisasi Palang Merah Filipina melaporkan terjadinya kerosakan yang meluas di kawasan pantai negara tersebut.

Menurut laporan, taufan ini dikatakan antara yang terburuk pernah menjengah Filipina. Salah satu pulau yang paling teruk terjejas akibat taufan ini adalah Bohol di mana sekurang-kurangnya 74 orang maut. Manakala kerosakan yang teruk juga dilaporkan terjadi di pulau Siargao, Dinagat, dan Mindanao.

Di Malaysia pula, banjir besar telah menyebabkan beribu orang terkesan dengan kehidupan mereka dan terpaksa berpindah ke tempat yang selamat. Banjir yang berlaku di pusat bandar sekitar Lembah Klang direkodkan sebagai yang terburuk pernah terjadi. Dan kini, banjir mula merebak ke Pahang dan negeri-negeri lain di Malaysia.

Seramai 66,939 mangsa dipindahkan ke 466 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kuala Lumpur.

Bencana yang tercetus akibat hujan lebat yang turun sejak Jumaat dan Sabtu lalu telah mengakibatkan sungai dan empangan melimpah. Disebabkan kejadian tersebut, beribu orang dikatakan meninggalkan rumah mereka.

Menurut Sinar Harian, bencana alam kali ini bukan sahaja menghancurkan rumah. Malah mengambil nyawa orang apabila lapan mayat ditemukan di Selangor manakala Pahang mencatat jumlah korban seramai enam orang manakala empat lagi dilapor masih hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong.

Kini, semua negeri di Malaysia sedang bersiap sedia untuk menghadapi situasi banjir. Namun cuaca panas beberapa hari ini memberi gambaran positif buat semua mangsa. Sekurang-kurangnya ia memberi kelegaan dan kegembiraan buat mereka yang terjejas dengan banjir.

Menurut pakar, kejadian bencana alam yang terjadi disebabkan hujan lebat yang turun di Banjaran Titiwangsa sehingga menyebabkan sungai-sungai di sekitar Selangor melimpah. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

Terperangkap Dan Mahu Tingkatkan Capaian Bantuan, Netizen Lancarkan #DaruratBanjir Di Twitter

Sebahagian Cawangan Giant Di Lembah Klang Dan Selangor Kini Beroperasi Seperti Biasa

 

Anda Mungkin Suka