Bendera Malaysia kini terbang tinggi di Gaza sebagai tanda penghargaan rakyat Palestin terhadap sokongan Malaysia kepada negara berkenaan. Sebelum ini, Putrajaya telah mengumumkan akan mengharamkan penyertaan atlet Israel untuk menyertai 2019 World Para Swimming Championships yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Palestinian sports community celebrates Malaysia's bold stand against Israeli occupation.
Malaysian & Palestinian flags were flown in Yarmouk field, Gaza city along with slogans in support of Tun Mahathir @chedetofficial YB @saifuddinabd & YB @SyedSaddiq #BDS @BDSmovement pic.twitter.com/2UZmjd5lfy— Muslim Imran (@muslim4islam) January 20, 2019
Bersebelahan bendera Malaysia, terdapat tulisan yang berterima kasih kepada Malaysia yang sentiasa teguh berdiri mempertahankan Palestin.
Manakala di Stadium Yarmouk (stadium tertua di Gaza), peminat bola sepak Palestin turut mengibarkan Jalur Gemilang semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung pada hari Sabtu lalu.
Football fans in Gaza, Palestine celebrate Malaysia's bold anti- Israeli apartheid stand.
Vid from Yarmouk football field, Gaza city.#BDS @PCOMalaysia @BDSmovement @chedetofficial @SyedSaddiq @saifuddinabd @MalaysiaMFA @bernamadotcom @PMOMalaysia @SinarOnline @NST_Online pic.twitter.com/pQQ52FZS1I— Muslim Imran (@muslim4islam) January 20, 2019
Dalam satu kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Israel bersifat hipokrit dengan mengecam keputusan yang telah dibuat kerajaan Malaysia. Tahniah buat kerajaan Malaysia kerana tidak tunduk dengan desakan dari luar.
. @SyedSaddiq ’s response to Israel regarding its hypocrisy is a bold move. Hopefully other nations will follow suit. Newfound respect towards the sports minister we deserve. I STAN! pic.twitter.com/Hq7Ez1Clk4
— Lajuju Manoban 🖤💗 (@arxxxxmand) January 19, 2019
- SUMBER
- FMT