Bendera Malaysia kini terbang tinggi di Gaza sebagai tanda penghargaan rakyat Palestin terhadap sokongan Malaysia kepada negara berkenaan. Sebelum ini, Putrajaya telah mengumumkan akan mengharamkan penyertaan atlet Israel untuk menyertai 2019 World Para Swimming Championships yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bersebelahan bendera Malaysia, terdapat tulisan yang berterima kasih kepada Malaysia yang sentiasa teguh berdiri mempertahankan Palestin.

Manakala di Stadium Yarmouk (stadium tertua di Gaza), peminat bola sepak Palestin turut mengibarkan Jalur Gemilang semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung pada hari Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Israel bersifat hipokrit dengan mengecam keputusan yang telah dibuat kerajaan Malaysia. Tahniah buat kerajaan Malaysia kerana tidak tunduk dengan desakan dari luar.

https://twitter.com/arxxxxmand/status/1086477054030209024

Sumber