Pada minggu ini ada dua perkara yang menjadi ‘demam’ di kalangan rakyat Malaysia, iaitu keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Piala Dunia Qatar.

Baru-baru ini satu akaun TikTok @scrap_metall berkongsi satu rakaman video pendek berdurasi 14 saat di mana ada seorang lelaki mengibarkan bendera politik Malaysia di Piala Dunia Qatar.

Baca Juga:

@scrap_metall

penyokong tengah fikir bendera apa dia ankat itu🤣🤣🤣

♬ Lagu Piala Dunia Qatar Word Cup (Cover) – Onel1443

Perkongsian video itu telah menarik perhatian pengguan TikTok yang lain. Ramai yang berbangga bendera parti politik yang menang besar dalam pilihan raya umum berkibaran di negara orang sambil diperhatikan oleh penonton bola sepak yang lain.

Namun, ada yang berpendapat bahawa bendera politik itu cumalah suntingan video sahaja. Bagaimanapun ramai mendakwa sangat sukar untuk menyunting video tersebut sehingga nampak real seperti itu.

Sumber Gambar: TikTok @scrap_metall
Sumber Gambar: TikTok @scrap_metall

Setakat artikel ini ditulis, hantaran video itu telah mendapat lebih 60,000 tanda suka, 800,000 tontonan dan ribuan komen yang masih mempertikaikan ‘keaslian’ bendera tersebut.

Untuk makluman, sebarang barangan yang memaparkan perkataan/imej dengan bersifat politik merupakan salah satu daripada senarai barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam stadium sepanjang Piala Dunia berlangsung.

Dalam pada itu, anda boleh lihat cara untuk menonton perlawanan-perlawanan LIVE di telefon pintar selama satu bulan ini atau baca perkembangan terkini dan statistik eksklusif Piala Dunia Qatar di vocketfc.com.