Pelakon Benedict Cumberbatch telah diangkat sebagai ‘wira’ sebenar selepas menyelamatkan seorang penunggang basikal dari sekumpulan penyamun.

Pelakon British berkenaan yang terkenal Sherlock Holmes dan Doctor Strange ketika itu bersama beliau berada bersama isterinya berada dalam Uber melompat keluar untuk menyelamatkan penghantar makanan dari syarikat Deliveroo berdekatan kawasan Baker Street, London yang juga merupakan lokasi penggambaraan drama siri Sherlock Holmes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut saksi, mangsa diserang oleh dua orang lelaki. Ketika Cumberbatch mahu membantu, penyerang dilaporkan cuba menumbuk Cumberbatch tetapi kemudiannya melarikan diri apabila mereka mengetahui siapa yang menghalang mereka tanpa mencuri apa-apa.

Deliveroo turut memuat naik status untuk mengucapkan terima kasih di laman Twitter.

https://twitter.com/DancingTheMind/status/1002843592598188032

Hero di dalam dan di luar filem. Cumberbatch memang seorang yang berani dan hebat.

Sumber