Peminat-peminat superstar Rajinikanth memang menggilai filem terbaru beliau, Kabali.

Disebabkan demam Kabali yang teruk, beberapa syarikat di Bengaluru dan Chennai mengumumkan hari cuti pada 22 Julai, iaitu tarikh tayangan perdana filem itu.

BACA: Bagaimana Filem Rajinikanth Memasuki Jepun Dan Menghuru-Harakan Seluruh Dunia

Langkah ini diambil selepas syarikat menyedari bahawa kakitangan mereka secara beramai-ramai merancang mengambil cuti untuk menonton filem gangster itu, mengikut Hindustan Times.

“Saya dapat rasakan keghairahan pekerja-pekerja saya (untuk menonton Kabali). Oleh kerana saya tidak mahu menghadapi masalah akibat ketidakhadiran pekerja yang mana mereka akan memadam telefon, saya mengisytiharkan 22 Julai sebagai hari cuti,” kata seorang jurucakap daripada Opus Waterproofing.

Ini salah satu pengumuman syarikat yang dikongsi di internet:

Ini pula keluhan seorang bos:

Bos mengalah:

Apa kata warga internet tentang peristiwa ini.

Sumber