Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak mengejutkan orang ramai apabila membawa keluar ayam segar untuk membantah harga ayam yang semakin tinggi. Tiga jam selepas mesyuarat, wakil Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad menarik ayam keluar dari bungkusan hitam sambil mempamerkan kepada 58 adun yang lain.

โ€œUntuk makluman, sebelum 7 Disember harga ayam ayam lebih RM10 sekilogram. Selepas 7hb, harga siling baharu diperkenalkan untuk ayam iaitu RM9.35,โ€ katanya sambil memegang leher ayam. Harga ayam itik terus meningkat daripada purata RM7 sekilogram ayam pada April kepada RM10 pada November.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya terpaksa membawa ayam ini ke sini kerana tiada apa yang dilakukan mengenai kenaikan harga ayam dan itik,” katanya sambil menambah bahawa skim harga baharu yang bertujuan untuk mengurangkan kos runcit tidak membantu rakyat kecuali meningkatkan keuntungan bagi penjual.

โ€œHarga baharu itu ditentukan daripada harga yang telah meningkat,โ€ kata Muhamad, sebelum memasukkan semula ayam itu ke dalam begnya sambil kedengaran suara yang menyuruhnya masak rendang dengan ayam tersebut.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang menonton rakaman itu dalam talian berasa terhibur dengean telatah Muhamad. Sebahagian pula menyifatkan bahawa tindakan beliau tidak akan memberi kesan kepada harga barang sudah melambung tinggi.

20 azam mudah untuk rakyat Malaysia menjadi bangsa lebih bertamadun. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah untuk membaca.

20 Azam Mudah Untuk Rakyat Malaysia Menjadi Bangsa Lebih Bertamadun

Pengumuman Buat ‘Coffee Addictโ€™, Harga Minuman Kegemaran Anda Bakal Naik Harga