Anda pasti sudah biasa dengan pembelian online. Ia merupakan trend yang terkini bagi masyarakat sekarang. Namun kadang-kala apa yang anda order, lain pula yang anda terima.

Bayangkan jika anda order smartphone tapi yang anda terima ‘batu’ dan ‘sabun’!

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Siapa pun akan rasa tertipu bila kejadian seperti ini berlaku. Penipuan seperti ini bukan hanya berlaku di Malaysia tapi juga di negara lain.

Pembelian online batu dan sabun ini berlaku di India.

Sumber ABP News

Kami ingin kongsikan tips berikut agar anda tidak mudah lagi di tipu oleh penyangak cyber ini :

1. Jika pembelian di buat di laman web penjual, google dulu dan cek latar belakang owner website tersebut. Jika mereka pernah melakukan penipuan, kemungkinan besar pasti ada yang telah berkongsi pengalaman mereka sama ada di forum, blog atau website lain.

2. Jika pembelian dilakukan di laman bidaan seperti Ebay atau Amazon.com, semak feedback dan sejarah jualan si penjual. Jika banyak negatif feedback, hentikan niat anda untuk membeli dari penjual tersebut. Cari saja penjual lain.

3. Harga tak masuk akal dan terlalu murah. This is too good to be true. Lupakan saja niat nak membeli jika harga terlampau murah. Selamatkan duit anda. Beli saja dari pengedar dan wakil jualan yang dilantik oleh pengeluar barangan tersebut.

Harapan kami tips di atas membantu anda, pembaca TheVocket.com yang sangat kami hargai.

Like page The Vocket di Facebook.

Anda Mungkin Suka