Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebuah berita yang mengejutkan dalam industri Hollywood apabila anugerah Academy Award ke-94 atau lebih dikenali sebagai Oscar yang baru sahaja berlangsung telah berakhir dengan buah mulut daripada penoton serta para netizen apabila Chris Rock dilihat ditampar oleh pelakon popular Will Smith sewaktu penyampaian anugerah.

Difahamkan isu ini bermula apabila Chris Rock yang hadir ke pentas bagi menyampaikan anugerah dokumentari terbaik tampil membuat jenaka yang melibatkan isteri Will Smith yang kini botak berikutan penyakit alopecia yang dialami.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Jenaka yang dilakukan sekaligus membuatkan Will Smith bangun dari tempat duduk beliau serta berjalan ke arah Chris Rock sebelum menampar muka Chris Rock.

Situasi yang dianggap sekadar ‘jenaka’ oleh sesetengah penonton menjadi tegang apabila Will Smith dengan nada penuh berang memaklumkan kepada Chris Rock untuk tidak lagi membincangkan soal isterinya. Chris Rock kemudiannya dilihat tergamam seketika sebelum kembali mendapat rentak untuk meneruskan penyampaian.

Insiden yang berlaku sekaligus membuat para penonton dan netizen berteka-teki sama ada insiden tersebut sengaja dilakukan dalam menaikkan rating anugerah tersebut atau sebaliknya. Berikut merupakan respon netizen terhadap kes yang berlaku.

Dilaporkan Kehadiran Will Smith pada anugerah tersebut berikut pencalonan beliau buat kali ketiga di mana beliau berjaya merangkul anugerah sebagai pelakon terbaik dan Best Picture menerusi lakonannya sebagai Richard Williams dalam filem King Richard.

Sebuah lagi berita gembira buat industri animasi tanah air, siri animasi Mechamato dilaporkan berjaya menambat hati penonton di Jepun selepas seminggu ditayangkan di negara berkenaan.

‘Bersedia Eksport Karipap’- Netizen Bangga Siri Mechamato Terima Sambutan Hangat Di Jepun

Pavilion KL ‘Diserang’, Orang Ramai Beratur Untuk Jam Tangan Edisi Khas Omega x Swatch

Kontrak Sewa Tamat, Pasangan ‘Crazy Rich Malang’ Mengaku Berbohong Beli Jet Peribadi