Pastinya ramai yang tidak senang jika sering pandu secara berhemah namun kerap kali menerima surat saman kerana memandu melebihi had limit serta beberapa kesalahan lain. Lebih pelik, lokasi kesalahan yang direkodkan belum pernah dijejaki anda.

Itulah yang terjadi kepada seorang pemilik kereta Mazda 6 di Johor yang sering menerima surat saman dengan rekod kesalahan lokasi yang tidak dilalui beliau.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →
119403498_1683352961842407_5287110310307387770_n.v1

Sumber: Shidie Art Pelukis Rakyat

Menurut laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, lelaki ini yang sudah tidak tahan kerap disaman ini telah memilih untuk memandu dari Johor ke Bangi semata-mata untuk menemui pemilik kereta klon atau ‘kembar’ keretanya.

Alangkah terkejutnya apabila bukan sahaja model dan warna kereta yang sama, malah nombor plet serta cukai jalan yang tertera juga menunjukkan angka serta nombor yang sama. Difahamkan tindakan telah diambil terhadap pemilik kereta klon ini.

119665142_1683352985175738_8762852985668913182_n.v1

Sumber: Shidie Art Pelukis Rakyat

Berdasarkan isu yang berlaku, para netizen seolah tertanya-tanya ‘dalang’ di sebalik isu kereta klon ini sehinggakan kereta klon Mazda ini mampu memiliki cukai jalan yang sama seperti kereta tulen. Tidak kurang juga yang mengecam pemilik kereta klon ini yang menyusahkan pemilik asal melalui kesalahan trafik yang dijalankan.

Kemas kini: Berdasarkan laporan terbaharu daripada Berita Harian, difahamkan kereta ini bukanlah kereta klon sebalikny adalah kereta yang dicuri.

Tular pada awal bulan lalu apabila JPJ Melaka melelong 153 kenderaan bermula dengan bidaan serendah RM6 sebuah.

JPJ Melaka Lelong 153 Kenderaan Bermula Dengan Bidaan Serendah RM6 Sebuah

‘Macam Tin Milo’, Ini Sebabnya Kereta Tempatan Sengaja Direka Untuk Mudah Kemek

Anda Mungkin Suka