Kalau sebut sahaja nama Datuk Chef Wan, mesti anda akan terbayang keletahnya memasak di pelbagai rancangan masakan sambil berceloteh. Bermula dari seorang chef, kini, Chef Wan sudah dikenali di peringkat antarabangsa setanding dengan nama-nama besar seperti Jamie Oliver, Gordon Ramsay dan Martha Stewart.

Walaupun kehebatannya diiktiraf di seluruh dunia, tetapi beliau tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmunya dalam bidang masakan. Yang lebih mengujakan, kini, anda boleh sertai kelas masakan yang akan diajar oleh Chef Wan sendiri. Berminat untuk sertai? Berikut adalah cara-caranya.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Sertai kelas kulineri The Wan & Only bersama Chef Wan di Gamuda Gardens.

Kalau selama ini kita sering tonton di kaca televisyen, inilah masanya untuk anda berjumpa dengan Chef Wan secara dekat dan mempelajari pelbagai ilmu kuliner, resipi dan tips memasak di bengkel memasak The Wan & Only. Mana tahu, selepas ini masakan anda setaraf dengan hotel lima bintang.

GG_Chef_EDM_FA-630×969

Jom daftar sekarang di sini!

Selain bengkel memasak, terdapat juga bengkel Little Chef, dimana anak-anak anda juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara membuat biskut.

Bukan itu sahaja, buat anda yang gemar membuat biskut, apa kata ajak kawan-kawan dan keluarga untuk menyertai Bengkel Menghias Biskut. Nanti boleh tunjukkan bakat terpendam menghias biskut dan lihat biskut siapa yang paling cantik.

Happy family in the kitchen. Asian mother and her daughter prepa

Berikut adalah butiran dan jadual penuh di bawah:

Tarikh: 15 Ogos 2020
Masa: 12 tengah hari – 6 petang
Tempat: Gamuda Gardens Experience Gallery

12 tengah hari: Sesi pendaftaran. Aktiviti dimulakan.
– Bengkel Menghias Biskut (150 orang)
– Bengkel Little Chef (1 jam)
– Food truck
– Buih gergasi

2 petang
– Demonstrasi masakan dan temu ramah oleh Chef Wan (boleh ditonton melalui Facebook Live di Facebook Gamuda Land)
– Bengkel Little Chef (1 jam)

4 petang
– Demonstrasi masakan oleh Chef Wan
– Bengkel Little Chef (1 jam)

6 petang: Acara tamat

Jika tidak berpeluang ke sini, anda juga boleh mengikuti bengkel memasak Chef Wan melalui Facebook Live dari halaman Facebook Gamuda Gardens pada pukul 2 petang pada hari yang sama.

Alang-alang dah sampai ke Gamuda Gardens, apa kata anda intai ruang pameran unit JOYA sekali.

Buat yang sedang mencari rumah idaman, unit JOYA memang pilihan yang tepat dan sempurna buat anda seisi keluarga. Kediaman 2 tingkat super-linked ini direka dengan susun atur dalaman yang luas dan praktikal serta mempunyai bahagian luar rumah yang lapang, sesuai dengan kehendak keluarga moden masa kini.

5cf5

Terletak di Gamuda Gardens, JOYA juga merupakan kawasan kediaman berkepadatan rendah dan berpagar, sekaligus menjanjikan persekitaran yang tenang dan lebih selamat untuk diduduki seisi keluarga. Anda juga boleh menikmati kemudahan Taman Permainan Kanak-Kanak dan Taman Keluarga tanpa rasa bimbang.

Tak hairanlah kalau JOYA dinobatkan sebagai penerima anugerah The best landed property by starProperty Award 2020!

joya_living_dining

Miliki unit kediaman JOYA sekarang dan nikmati promosi Keep Cash Get Rewards.

Yang lebih menarik, kini anda boleh miliki rumah impian di Gamuda Gardens dan nikmati ansuran sehingga 8 bulan dari mereka.* Anda juga berpeluang untuk mendapatkan duti setem percuma dan MOT.

joya_master_bedroom

Mahu tahu lebih lanjut, klik sini. 

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Tertakluk kepada Warta Kerajaan HOC 2020 dan Dasar Pinjaman Bank.

Ketahui juga tiga jenis hartanah di Malaysia yang adna wajib tahu sebelum membeli rumah.

3 Jenis Hartanah Di Malaysia Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli Rumah

Rakyat Malaysia Kuasai Pemilikan Hartanah Mewah Di London

Anda Mungkin Suka