Bentley baru sahaja mengeluarkan satu kerusi bayi dengan reka bentuk khas yang dinamakan 6-in-1 Stroller Trike dengan warna gelap hitam yang garang dan menawan.

Tujuan mereka hanya satu, untuk menarik perhatian kumpulan pengumpul kereta dan juga para pengguna Bentley yang hadir daripada kalangan ibu bapa. Reka bentuk ini mampu menampung anak mereka dari enam bulan sehingga empat tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bentley-centennial-stroller-trike-limited-edition-release-003

Edisi khas kali ini hadir dengan tempat pemegang cawan, bakul simpanan, tempat menolak, kanopi dan kerusi yang boleh berbaring.

Antara ciri-ciri halus yang ditambah adalah bingkai matte-black, disesuaikan dengan kain satin dengan sentuhan eko-kulit, benang emas disulam di sekitar tempat duduk, warna emas pada lambang Bentley dan roda replika GT.

bentley-centennial-stroller-trike-limited-edition-release-002

6-in-1 Stroller Trike ini terhad kepada 570 unit sahaja dan dijual pada harga RM2,500. Buat anda yang berminat, boleh terus ke laman sesawang, Bentley Trike untuk maklumat lanjut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bentley, sila klik pautan di bawah.

Bentley Perkenal Buku Dokumentari Berharga RM1,060,704 Sempena Ulang Tahun Ke-100

Bentley Perkenal Model Mulsanne Speed ‘Beluga’ Edition

Sumber