Tidak pasti apa rational di sebalik reka bentuk botol air terbaru Pepsi ini yang berbentuk seperti ‘dumbbell‘. Kalau siapa yang pergi ke gym, pasti tahu tidak elok untuk minum air seperti ini ketika sedang bersenam kerana kandungan gas dan gulanya yang tinggi.

Walaupun rekaan ini adalah untuk Pepsi Light di mana kandungan kalori airnya rendah, air ini pasti tidak akan menjadi pilihan ramai. Tetapi jika rekaan ini dibuat untuk minuman tenaga seperti 100Plus atau Gatorade, barulah cool.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Agensi dari Brazil, AlmapBBDO adalah agensi yang mengeluarkan idea botol air ini. Tidak pasti sama ada ini adalah lawak April Fool dari Pepsi atau ianya memang akan dipasarkan kelak. Tapi secara logik, kalau isi pasir di dalam bekas ini, memang boleh jadi dumbbell. Unik juga idea Pepsi ini.

static1.squarespace-1

static1.squarespace-2

Sumber