Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan tamat pada 10 Jun ini.

Fasa PKPP ini akan dilaksanakan pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 dan negara sedang memasuki fasa pemulihan COVID-19. Paling dinanti rakyat malaysia adalah keputusan untuk membenarkan rentas negeri yang boleh dilakukan selepas 10 Jun 2020.

Waktu operasi perniagaan juga akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan perlu dipatuhi.

https://twitter.com/brownismacha/status/1269528068407746562

mkn 2

Walaupun pelbagai sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi, namun travel ke luar negara, kelab malam dan sukan yang melibatkan sentuhan masih belum dibenarkan sewaktu PKPP. Kebenaran rentas negeri sedikit sebanyak memberi peluang untuk rakyat Malaysia melancong di dalam negara dan membantu merancakkan kembali ekonomi dalam negara.

Dalam ucapan Muhyiddin lagi, PKPP ini akan berteraskan 7 strategi yang akan dilaksanakan. “Sejak PKP dilaksanakan hampir 3 bulan yang lalu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi dan langkah yang wajar dalam menangani dan membendung wabak COVID-19. Banyak kawalan dan sekatan yang dikenakan ke atas saudara dan saudari sekalian.

mkn 1

Namun, saya sedar kerajaan tidak boleh mengawal kehidupan saudara-saudari buat selama-lamanya untuk menghindari jangkitan wabak ini. Saya tahu saudara-saudari juga mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Saudara-saudari ingin keluar bekerja, berniaga, beriadah, melancong bersama keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti lain dalam kehidupan seharian,” kata Muhyiddin.

Apa pula selepas 31 Ogos 2020?

Selepas 31 Ogos, COVID-19 dijangka akan memasuki fasa normalisasi sehingga vaksin COVID-19 ditemui. Namun, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 dalam tempoh PKPP ini, kerajaan akan melaksanakan PKPD di kawasan lokaliti tersebut dan Muhyiddin berharap semua sentiasa berdisiplin supaya peningkatan kes COVID-19 ini dapat dielakkan.

Justeru itu, ia adalah di atas bahu kita dalam membendung penularan COVID-19 selepas ini. Sama-sama kita tidak terlalu gembira dan terus mengambil langkah berjaga-jaga. Penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka di tempat awam dan membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer merupakan kebiasaan baharu yang mesti diamalkan di mana sahaja.

Sebelum itu, sama-sama kita ucap syabas kepada para petugas barisan hadapan serta semua yang menyumbang dalam membendung wabak COVID-19. Tanpa mereka, PKPP ini dapat dilaksanakan lebih awal dan memudahkan kehidupan seharian kita.

Ini adalah anggaran harga kereta selepas kerajaan umum mansuh cukai jualan. Klik pada pautan di bawah.

Ini Anggaran Harga Kereta Selepas Kerajaan Mansuhkan Cukai Jualan Kereta 100%

Perjalanan Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun

Pas My30 Serendah RM1 Sehari Dan Kredit ‘e-Wallet’ RM50 Oleh Kerajaan Jadi Tumpuan Netizen