Baru-baru ini telah berlangsungnya tayangan perdana filem Netflix ‘Extraction 2’ bagi kawasan APAC di Manila. Ramai selebriti serantau, media, influencer dan peminat hadir untuk menyokong sidang akhbar dan tayangan perdana filem itu.

Antara ramai-ramai yang hadir itu, kelihatan Aaron Aziz dan Iedil Dzhurie turut berdiri sepentas bersama watak utama filem aksi tersebut, Chris Hemsworth.

Baca Juga:

Dalam hantaran Instagram Aaron Aziz, beliau mengucapkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk menghadiri tayangan perdana itu di Manila.

“Allah tahu yang terbaik. Babak pertempuran gempak betul! 100 kali lebih bagus daripada Fast X. Anda semua kena tonton !” petik hantaran Instagram pelakon yang cukup sinonim dengan filem KL Gangster.

Rata-rata orang ramai mengucapkan tahniah kepada Aaron Aziz kerana dapat berjumpa dengan pelakon yang turut membintangai sebagai watak Thor.

Sumber Gambar: Instagram @aarondwiaziz
Sumber Gambar: Instagram @aarondwiaziz
Sumber Gambar: Instagram @aarondwiaziz

Orang ramai juga menyatakan peluang bertemu dengan aktor utama Extraction itu merupakan salah satu ‘rezeki yang diganti’ daripada insiden yang berlaku sebelum ini.

Selain Aaron dan Iedil, Sofyank turut berada di sana. Menerusi ciapan terbaharunya, Sofyank akan mengadakan pengambaran video effect bersama Chris Hemsworth dan Sam Hargrave.

Sama-sama kita nantikan video terbaharu Sofyank kelak.

Sumber Gambar: Twitter @sofyank96