Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan buat kali pertama pengeluaran vaksin bagi melawan penyakit malaria. Peristiwa penting ini bukan sahaja bakal memberi jalan buat sains perubatan, malah bakal menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak di seluruh benua Afrika setiap tahun. Bagi Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata ini adalah sebahagian daripada detik bersejarah setelah berabad-abad menunggu untuk mencari jalan bagi melawan penyakit malaria.

Vaksin RTS, S, yang juga dikenali sebagai Mosquirix, akan dilancarkan secara meluas berikutan kejayaan program perintis yang dilakukan di Ghana, Kenya dan Malawi. Vaksin yang direka khusus untuk sistem imun kanak-kanak ini juga bakal menjadi batu petanda yang mengakhiri pencarian selama 100 tahun terhadap wabak yang telah membunuh lebih dari 500,000 orang setiap tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penyakit yang merebak melalui gigitan nyamuk atau lebih dikenali sebagai malaria telah membunuh sekitar setengah juta orang setahun, kebanyakannya di Afrika dan kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Ia juga dikenali sebagai salah satu penyakit parasit tertua di dunia dan sangat sukar untuk dibendung.

Satu kajian pemodelan menentukan bahawa vaksin dapat mencegah 5.4 juta kes dan menyelamatkan nyawa sekurang-kurangnya 23,000 kanak-kanak pada tahun-tahun awal penempatannya.

Kerana sifat penyakit ini, orang yang telah dijangkiti dengan malaria mampu untuk dijangkiti lagi tanpa sistem badan mengembangkan kekebalan atau imun sistem. Manakala kanak-kanak pula menderita lebih besar dengan dijangkiti sebanyak enam atau lebih daripada itu setiap tahun.

Dari sudut pandang luar, malaria dianggap sebagai beban ekonomi dan masalah sosial bagi beberapa negara Afrika. Penyakit ini memerlukan perhatian yang luas dari perkhidmatan perubatan dan menyebabkan kesan ekonomi yang besar kerana pesakit yang dijangkiti berulang kali dengan malaria akan menjadi terlalu tidak bermaya untuk bekerja.

“Selama berabad-abad, malaria telah menyerang Afrika sub-Sahara, menyebabkan penderitaan yang sangat besar,” kata Dr Matshidiso Moeti, Pengarah Wilayah WHO untuk Afrika. “Kami telah lama berharap vaksin malaria ini berkesan dan sekarang untuk pertama kalinya, kami mempunyai vaksin yang disyorkan untuk digunakan secara meluas. Sokongan untuk hari ini memberikan harapan untuk benua yang menanggung beban penyakit yang paling berat dan kami mengharapkan lebih banyak lagi kanak-kanak Afrika dilindungi dari malaria dan tumbuh menjadi orang dewasa yang sihat.”

“Kami telah mencari vaksin malaria selama lebih dari 100 tahun, [penemuan] ini akan menyelamatkan nyawa dan mencegah penyakit pada anak-anak Afrika,” kata Dr Pedro Alonso, pengarah Program Malaria Global WHO.

Sebelum ini, sewaktu pemerintahan Donald Trump, Amerika Syarikat telah bertindak memotong dana WHO sehingga ia memberi kesan kepada negara miskin. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Keputusan Amerika Syarikat Potong Dana WHO Beri Kesan Kepada Negara Miskin

WHO Uji Tiga Ubat Berpotensi Melawan COVID-19 Di Malaysia

COVID-19 Jadi ‘Lubuk’ Kaut Untung, Syarikat Pembuat Vaksin Naikkan Harga Sehingga 25 Peratus