Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pihak berkuasa Mexico telah menahan Ovidio Guzmán, anak kepada raja dadah terkenal Joaquin “El Chapo” Guzmán, lapor sumber kerajaan Mexico kepada CNN. Dalam operasi penuh dramatik yang terjadi Sinaloa pada Khamis lalu telah membawa kepada perang diantara kumpulan kartel dadah dan tentera Mexico.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Amerika Syarikat pada 16 Disember lalu, sebelum penahanannya, Guzmán digambarkan sebagai ‘anggota tertinggi Kartel Sinaloa’ dan disenaraikan antara orang yang paling dikehendaki.

Dia sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa pada Oktober 2019, tetapi dibebaskan atas arahan Presiden Andrés Manuel López Obrador bagi mengelak berlakunya pertumpahan darah.

Difahamkan bahawa penahan beliau pada hari Khamis telah mencetuskan kekacauan disekitar bandar dengan pihak berkuasa telah memgeluarkan arahan agar semua penduduk berlindung di rumah.

Di media sosial kini berlegar pelbagai video yang menunjukkan beberapa trak terbakar dan tembakan rambang berlaku berhampiran lapangan terbang, yang ditutup hampir sepanjang hari akibat keganasan.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan, kata Aeromexico, yang telah membatalkan semua operasi penerbangan keluar dari bandar Sinaloan Culiacan, Los Mochis dan Mazatlan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Culiacán juga telah ditutup selepas penahanan Guzmán atas sebab keselamatan, kata pihak berkuasa lapangan terbang di akaun Twitter mereka.

Dalam kenyataan rasmi Presiden López Obrador, beliau berkata operasi di Culiacán telah dijalankan sejak subuh lagi.

Sinaloa adalah rumah kepada Sinaloa Cartel, salah satu organisasi penyeludupan dadah yang paling berkuasa di dunia. ‘El Chapo’ adalah ketua kartel di Sinaloa sebelum dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2020.

Penahanan anaknya kali ini berlaku beberapa hari sebelum Presiden AS Joe Biden dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau hadir ke Mexico City untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Amerika Utara.