Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai pengguna yang memanfaatkan platform media sosial dengan membuat jualan secara live. Usaha yang dilakukan ini membolehkan para pengguna berpeluang mendapatkan barangan yang diinginkan semudah di hujung jari sahaja.

Di sebalik kepelbagaian produk yang ditawarkan daripada sejumlah besar penjual, tular baru-baru ini seorang penjual pakaian bundle atau pakaian terpakai yang menjadi bualan netizen menerusi tindakan yang dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi rakaman yang tular menerusi TikTok @tembaktar, difahamkan penjual yang menjual dengan dialek Kelantan ini dilihat berang apabila pakaian yang ditawarkan secara bidaan menerima bidaan yang rendah daripada jangkaan penjual.

Beliau kemudiannya seolah meluahkan rasa geram beliau kepada para penonton dan pembeli berkenaan serta ‘sekolahkan’ mereka dengan memaklumkan barangan yang dijual mempunyai tanda harga yang jauh lebih tinggi.

@tembaktar

Ujian dalam mencari rezki .. allah nk bagi yg lebih baik.. bersyukur pada rezki allah.. #tiktokmalaysia #bundlemalaysia #sellermarah #fyp #fypシ

♬ original sound – tembaktar – 6 to 6

Bukan itu sahaja, beliau yang masih berang dengan situasi yang berlaku memilih untuk mengkoyakkan beberapa pakaian serta mengeluarkan kata-kata kesat secara live sebagai cara untuk ‘mengajar’ para pembeli.

Tindakan yang dilakukan sekaligus telah mendapat perhatian para netizen yang bingung serta mempersoalkan tindakan yang dilakukan penjual ini.

Terdapat netizen yang berpendapat penjual ini tidak sepatutnya membuat jualan secara bidaan sekiranya tidak bersedia dengan bidaan yang rendah. Tidak kurang juga yang berpendapat penjual ini perlu mengawal kemarahan beliau khususnya sewaktu menjual serta percaya kepada rezeki.

Sumber: TikTok @tembaktar
Sumber: TikTok @tembaktar

Situasi yang berlaku diharap menjadi pengajaran kepada para penjual yang lain agar lebih berhati-hati dengan gaya penjualan secara live. Dalam erti kata lain, para penjual juga dinasihatkan untuk meletakkan agar tersendiri agar lebih mudah dipersetujui sekiranya mempunyai pembeli yang berminat.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendedahkan beliau telah menjadi mangsa ‘claim’ sifu bisnes atas kejayaan yang diperoleh menerusi perniagaan yang diusahakan. 

Sifu Bisnes ‘Claim’ Kejayaan Usahawan, Wanita Ini Dedahkan Pengalaman Dijemput Ke Seminar Pemasaran

‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu