Baru-baru ini, Kieda telah membuat jelajah Kieda Crepe di Shah Alam bagi memberi peluang kepada pelanggan yang berada di Selangor untuk membeli pencuci mulutnya tetapi berlaku kekecohan.
Artikel Berkaitan:
- Dakwa Pekerja Lotus’s ‘Sombong’ Walaupun Sudah Belanja RM5,000, Luahan Usahawan Ini Undang Kritikan Netizen
- ‘Nak Gemuk Atau Fit, Semua Boleh’ – Transformasi Badan Shaheizy Sam Jayakan Watak Raih Pujian Netizen
- ‘Asal Jumpa Je Mengandung’ – Nabil Ahmad Selamba ‘Bahan’ Neelofa Buat Netizen Terhibur
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, berlaku kekecohan dimana pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem pengurusan yang tidak sistematik sehingga terpaksa beratur lama dan crepe habis.
@aja1562 keida tak paksa pon beratur..sanggup beratur x sanggup balik bli tempt lain..#kiedacrepe #netizenmalaysia #desertlife #fyp#fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg
@crepekiedapenang Kena maki , kena tolak , ada yang tampaq tangan staff saya , ada yang maki adik saya bertubi2 berkali2 , ad yang ajak suami saya bertumbuk. Ada juga yang mengajar saya manage bisnes saya. Dan ada juga yang support saya tunggu tanpa banyak bunyi and enjoy. Terima kasih semua warga Shah Alam. Terima kasih support #kiedacrepetour . Maafkan kekurangan kami , moga asbab ni Allah bantu kami untuk jadi manusia lebih berjaya 😭 terima kasih semua😭😭 #hqkiedacrepepenang #kiedacrepe
Bukan itu sahaja, ada juga yang bertindak memaki dan memukul tangan pekerjanya serta mengajak suaminya untuk bertumbuk kerana berasa berang.
Lantaran itu, Kieda dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis kerana menganggap dia sudah cuba yang terbaik untuk melayan kesemua pelanggan yang datang.
Dalam pada itu, Kieda telah memohon maaf kepada semua pelanggan yang hadir atas kekurangan dari pihaknya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Kieda agar perbanyakkan kaunter dan perbaiki lagi sistem jika mahu menganjurkan jelajah seperti ini lagi.