Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sudah menjadi kewajipan buat orang ramai dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar khususnya di tempat awam. Hal ini berikutan tempat awam merupakan sebuah lokasi yang diakses oleh orang ramai.

Di sebalik kesedaran sivik yang sudah dipupuk sejak di bangku sekolah, masih terdapat segelintir individu yang dengan selamba kencing di tempat yang tidak sepatutnya seperti laluan para pelajar hanya kerana mahu cepat atau urgent.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menerusi perkongsian TikTok @urdazzyboi, beliau telah memuat naik sebuah video seorang lelaki menaiki Honda Accord yang didakwa kencing di kawasan hadapan sekolah iaitu tempat para pelajar menanti ibu bapa. Situasi menjadi lebih keruh apabila teguran pemilik video ini kepada lelaki berkenaan membuatkan lelaki tersebut berang serta bertindak untuk mengugut.

@urdazzyboi

kalau masuk fyp, comment for part 2 👍🏻🤰

♬ original sound – dazzzzz – dazzzzz

Perkongsian yang dibuat individu ini sekaligus membuatkan para netizen berang serta menantikan tindakan susulan terhadap apa yang dilakukan lelaki tak bertanggungjawab tersebut.

Isu ini berlarutan menerusi video kedua di mana individu yang tidak bertanggungjawab tersebut bertindak untuk melawan mana-mana yang tidak berpuas hati dengan beliau. Malah, beliau juga turut mendesak supaya rakaman terhadap video dipadamkan sekiranya tidak mahu menerima padah.

@urdazzyboi

Replying to @urdazzyboi part 2 apek ni ajak fight, berani sebab aku jauh lagi muda daripada dia 🤣

♬ original sound – dazzzzz – dazzzzz

Di sebalik tindakan kurang bermoral individu tersebut, para netizen nampaknya lebih tertumpu kepada jeritan pihak pengongsi pada video pertama. Tidak kurang juga yang berang dengan sikap ego individu tidak bertanggungjawab berkenaan.

Sumber: Tiktok @urdazzyboi

Sumber: Tiktok @urdazzyboi

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana hal ini sekaligus membuatkan orang ramai tidak selesa lebih-lebih dengan bau air kencing. Sebaliknya, terdapat pelbagai altenatif lain dapat diusahakan individu tersebut meskipun mengalami situasi yang mendesak.

Sementara itu, tular pada minggu ini apabila terdapat sekumpulan lelaki dengan selamba merangkul pinggang pelayan wanita bagi tujuan gurauan yang sekaligus mengundang kecaman netizen.

Selamba Rangkul Pinggang Pelayan Wanita, Tindakan Kumpulan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

‘Genius Dan Kreatif!’ – Lihat Bagaimana MRT Digunakan Untuk Acara Peragaan Fesyen