Penunggang motosikal antara kelompok yang mudah terdedah dengan kemalangan di atas jalan raya berbanding kenderaan lain. Satu kesilapan kecil boleh meningkatkan risiko penunggang motosikal mengalami kemalangan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video seorang penunggang motosikal merakam seorang lelaki baru ‘selesai’ menabur pasir di sebuah selekoh jalan raya. Nasib baik penunggang motosikal ini tidak membawa motosikal dalam keadaan yang laju, jika tidak mungkin dia akan menjadi mangsa ketika itu.

Rata-rata ramai berkongsi komen tidak berpuas hati atas tindakan lelaki itu umpama ‘marah nyamuk, kelambu dibakar’. Hanya sebab kesalahan seorang penunggang motosikal lain, dia mahu balas dendam kepada kesemua penunggang motosikal.

vocket-lelaki-tabur-pasir-2

vocket-lelaki-tabur-pasir-8

vocket-lelaki-tabur-pasir-9

Terdapat satu screenshot perbualan Whatsapp antara kawan lelaki tersebut telah tersebar di grup WhatsApp.  Menurutnya, dia mengakui melakukan perkara tersebut kerana ‘geram’ dengan penunggang motosikal lain yang pernah hampir melanggar anaknya.

vocket-lelaki-tabur-pasir-1-1
Sumber Gambar: WhatsApp

Perbuatan yang dilakukan oleh lelaki ini bukan sahaja menyusahkan, bahkan boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Pada minggu lalu ada seorang lelaki telah menembak kereta Myvi dengan pistol angin buatan sendiri kerana marah akan jirannya yang sering ‘test power’ ekzos.

Kerap ‘Test Power’ Ekzos, Jiran Tembak Myvi Guna Pistol Angin Buatan Sendiri

Peminat Terkesima Lihat Sharifah Shahirah Selamba Pandu Lotus 311 Bernilai RM640,855 Dengan Baik