Seorang pengadil bola sepak di Honduras menakutkan penonton dengan mengeluarkan pistol setelah dimarah oleh penyokong lawan. Pengadil itu dikatakan mengeluarkan senjata api selepas perlawanan La Jigua berakhir dengan penalti.

Media tempatan melaporkan bahawa pengadil membawa senjata api untuk melindungi dirinya dari kemarahan peminat. Video yang tular menunjukkan para penonton mula bersurai selepas pengadil berjalan membawa pistol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peminat juga mendakwa bahawa pengadil tersebut melepaskan beberapa tembakan ke tanah bagi memberi amaran kepada penyokong yang tidak berpuas hati.

Dilaporkan oleh The Sun, difahamkan bahawa senjata tersebut adalah milik salah seorang ahli keluarga pengadil. Sebelum perlawanan, ahli keluarganya memberikan senjata tersebut kerana bimbang dia akan menjadi sasaran penyokong yang taasub.

Punca masalah sehingga terjadinya kejadian ini dikatakan bermula apabila penyokong pihak lawan mula marah dan memaki hamun pengadil tersebut yang tidak memberikan penalti.

Sehingga kini tidak pasti apakah dia akan dikenakan tindakan tatatertib, namun semua orang bernasib baik kerana kejadian itu tidak meragut nyawa.

Untuk rekod, Honduras mempunyai sejarah keganasan yang panjang dalam arena bola sepak. Antara yang paling terkenal adalah peristiwa bersejarah yang disebut Football War.

Ingkar arahan majikan kerana mahu berpuasa, dua ‘bodyguard’ dibelasah dan diacu pistol. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ingkar Arahan Majikan Kerana Mahu Berpuasa, Dua ‘Bodyguard’ Dibelasah Dan Diacu Pistol

Untuk Apa Saya Belajar Seni Bela Diri Jika Boleh Gunakan Pistol

Polis Buru Lelaki ‘Tercicir’ Pistol Ketika Bergaduh Di Klang