Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed semalam telah bersuara tentang isu kes amang seksual seorang pendakwah selebriti.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Malaysia ada pihak berkuasa yg boleh diaju dan diadukan jenayah yg berlaku dan secara tiba-tiba Caprice muncul dengan ‘siasatan sendiri’ mengatakan ada mangsa lain yang mengadu kepadanya.

Dalam perkongsian tersebut, PU Syed secara ‘selingan’ juga menyentuh bab tutup aurat isteri Caprice.

Penceramah tersebut menulis di laman Twitter miliknya meminta Caprice mengurus mengenai aurat isterinya dahulu sebelum layak terima gelaran ‘Tiger AlQuds’.

Caprice ternyata tidak setuju dengan kenyataan PU Syed yang ibarat cuba lari dariapda topik yang sedang diperjuangkannya.

Menerusi satu screenshot, Caprice bengang dengan statement yang memetik nama isterinya, penyanyi itu dilihat telah menghantar mesej bertanyakan sendiri kepada PU Syed namun nampaknya PU Syed belum membalas mesej tersebut.

Screenshot Caprice/IG

Penyanyi tersebut juga memberi amaran supaya jangan sesekali melibatkan keluarganya dalam hal seperti ini dan beliau mahu PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi laman Twitter, banyak pendapat-pendapat yang diberikan oleh orang awam mengenai kes ini.

Pun begitu, ada juga memberi komen Caprice cuba berlagak untuk jadi hero mengenai kes ini. Beberapa orang juga memuji sikap Caprice dan menyokong mengatakan Caprice ingin mendedahkan penceramah bukan kerana ‘aib’ tetapi untuk hentikan ‘religion rider’ di Malaysia.