Sudah menjadi norma baharu, rata-rata rakyat Malaysia sudah ketahui pemakaian pelitup muka, memeriksa suhu dan mengimbas kod MySejahtera adalah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang wajib dipatuhi.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video rakaman CCTV di sebuah kedai Masbukti, Senawang dimana memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak di ‘luar kawalan’ dengan mencekik dan mengugut seorang pekerja di premis perniagaan tersebut.

Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian rupa selepas ditegur oleh pekerja kedai kerana tidak memakai pelitup muka dan juga tidak mengimbas kod MySejahtera.

Malah, pekerja tersebut cuba untuk berbincang dan menenangkan lelaki tersebut namun pelawaannya ditolak. Menurut laporan, lelaki berusia 50 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis susulan laporan yang telah dilakukan oleh mangsa yang berusia 22 tahun.

Suspek akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Sementara itu, kami kongsikan beberapa yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Bermula Sebagai Jenaka, Lokasi Popular ‘Geng Plastik Hitam’ Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak

Akui Terdesak Perlukan Wang, Pelakon Iklan ‘Tidak Sedar’ Promosi Aktiviti Judi Sempena Aidilfitri