Jika anda membeli kenderaan berharga ratusan ribu ringgit, sudah pasti anda mengharapkan kereta itu boleh dipandu dan tidak mudah rosak dalam masa singkat.

Bagaimanapun seorang pemilik Mercedes-Benz tidak bernasib baik apabila kereta baharu model S580e berwarna putih rosak dalam masa satu bulan 23 hari. Setelah dihantar ke pusat servis di Petaling Jaya, pemilik Mercedes itu mendapat sebuah kereta ganti model sama berwarna hitam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun, ‘nasib tidak baiknya’ berpanjangan apabila kereta ganti itu pula rosak dalam masa 24 jam beliau menerimanya.

https://www.tiktok.com/@rayteh599/video/7209576023283846426?_r=1&_t=8ac7CqWiWG1

Jadi beliau dipercayai buat tindakan drastik dengan menampal nota pada kereta baharu dibelinya dan membawanya di atas trak tunda flatbed mengelilingi di beberapa kawasan.

Pengguna jalan raya yang ternampak kereta terbabit tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar dan video. Ada yang menemuinya di lebuh raya dan di sekitar kawasan Bukit Bintang-Pavilion.

“Kualiti teruk. Mercedes-Benz baharu S580e rosak dalam masa satu bulan 23 hari,” nota yang yang ditampal pada sekeliling kereta mewah tersebut.

Manakala kereta ganti pula, netizen mendakwa pemilik Mercedes itu meletakkan di kawasan parkir awam sekitar kawasan Kota Kemuning. Nota yang ditampal sekeliling kereta itu lebih panjang, melambangkan kehampaan pemiliknya yang amat sangat.

“Kereta pertama baharu Mercedes Benz S Class 580e (rosak dalam masa 55 hari) kini berada di bengkel.

“Ini pula kereta ganti baharu Mercedes Benz S Class 580e, ROSAK dalam masa 24 jam!” luah pemilik penuh kekecewaan.

Netizen yang melihat gambar-gambar dan video berkenaan menyatakan apa-apa yang dibuat oleh manusia pasti ada ‘kekurangannya’ dan bukan semua kereta keluar dari kilang sempurna.

Bagaimanapun netizen tidak menolak mungkin pemiliknya tidak tahu mengendalikan model Mercedes itu kerana dua-dua kereta tersebut merupakan kereta baharu dan mengalami kerosakan dalam masa singkat.

“Apabila anda mempunyai teknologi baharu seperti hibrid, pemilik tidak mahir dengan teknologi dan penggunaan elektronik dalam persekitaran yang sangat lembap akan menimbulkan masalah seperti ini,” kata netizen.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.