Sering kali apabila sudah dewasa dan mempunyai pekerjaan sendiri, tugasan menanggung perbelanjaan ibu bapa bakal dibantu atau ditanggung oleh anak-anak.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila seorang bekas peguam di London iaitu Faiz Siddiqui memilih untuk memfailkan saman di mahkamah kepada ibu bapanya yang kaya-raya bagi menuntut untuk menanggung perbelanjaan beliau seumur hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Faiz_Siddiqui_Oxford
Sumber: Times now

Difahamkan keputusan dibuat selepas beliau yang kini menganggur tidak lagi menerima elaun mingguan daripada ibu bapanya bernilai $550 (RM2,263.53) ekoran pertengkaran yang berlaku baru-baru ini.

Ironinya, peguam yang merupakan lulusan Universiti Oxford sebelum ini turut diberikan sebuah apartmen di Hype Park, London oleh ibu bapanya bernilai $1.4 juta (RM5.8 juta) untuk menetap secara percuma.

“Ibu bapanya sudah lama bertahan dan tahu apa yang terbaik untuk anak mereka serta boleh membezakan antara keperluan dan kehendak,” kata peguam bela mewakili ibu bapanya kepada Faiz. Malah saman yang dibuat Faiz ini dilaporkan saman kedua terhadap ibu bapanya.

7520
Universiti Oxford. Sumber: guardian

Menurut laporan, ini bukanlah kali pertama Faiz menjadi perhatian media. Sebelum ini, beliau pernah memfailkan saman terhadap Universiti Oxford gara-gara mendakwa universiti berkenaan menghalang beliau dalam memperoleh ijazah sekaligus memberi kesan kepada kerjaya beliau sebagai peguam.

Walau bagaimanapun, tuntutan saman beliau bernilai $1.4 juta (~RM5.8 juta) itu telah ditolak oleh mahkamah.

Tular pada minggu lalu apabila Mat Saleh ini mahu orang ramai memakan nasi menggunakan pisau dan garfu serta melarang menggunakan tangan.

Mat Saleh Ini Mahu Orang Makan Nasi Guna Pisau Dan Garfu, Larang Guna Tangan

‘Kantoi’ Berjimak Dalam Kereta, Pemandu Alza Ini Nekad Larikan Diri Sambil Heret Polis

Sumber