Tular pada minggu ini apabila penjara Gilboa yang dikuasai Israel serta didakwa sebagai penjara dengan kawalan paling ketat telah menjadi perhatian orang ramai selepas enam warga Palestin berjaya meloloskan diri.

Situasi yang berlaku nyata membuatkan pihak Israel malu dengan media antarabangsa sekaligus mereka gagal dalam menawarkan kawalan ketat seperti yang didakwa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, Israel sekali lagi membuatkan orang ramai berang setelah memilih untuk menahan ahli keluarga banduan yang meloloskan diri selepas gagal menemui enam banduan tersebut.

Sumber: aljazeera

Dilaporkan pihak mereka turut mengarahkan pemantauan dron, operasi tentera di sepanjang jalan Jenin, Tebing Barat yang didakwa sebagai kampung halaman kepada sebahagian besar daripada tahanan berkenaan.

Pihak penjara Gilboa juga dilaporkan telah menghalang warga Palestin yang dipercayai terlibat dengan jihad untuk bertemu satu sama dengan yang lain untuk memastikan situasi yang sama berulang.

Melihat kepada situasi yang berlaku di lokasi tersebut, jelas menunjukkan Israel sangat terkesan dengan insiden enam warga Palestin yang meloloskan diri daripada penjara seliaan mereka.

Ketahui lebih lanjut bagaimana enam warga Palestin ini berjaya meloloskan diri daripada penjara paling ketat Israel ini dengan klik pautan di bawah.

Umpama Siri ‘Prison Break’, Enam Warga Palestin Dilaporkan Berjaya Bolos Dari Penjara Paling Ketat Israel

Sempena Tahun Baru Yahudi, ‘Hacker’ Malaysia Buat Kejutan Godam 7 Juta Data Rakyat Israel

Sumber