Isu brek kereta bermasalah bukan saja melibatkan kereta keluaran tempatan, bahkan kereta yang dikeluarkan oleh jenama terkenal seperti Tesla turut tidak dapat lari daripada masalah yang sama.

Baru-baru ini semasa sebuah acara automotif sedang berlangsung di Shanghai, seorang wanita telah membuat protes dengan berdiri di atas kereta pameran Tesla Model 3 sambil memakai baju t-shirt yang bertulis dalam tulisan cina yang bermaksud ‘brek hilang kawalan’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-wanita-protes-kereta-tesla-rosak-4
Sumber Gambar: MSN.com

Tindakan wanita ini telah menyebabkan beberapa orang pengawal cuba ‘menutup’ slogan yang ada pada bajunya dengan payung tetapi dia melawan semula pengawal-pengawal tersebut.

Wakil Tesla telah pun memujuk wanita tersebut untuk turun dari bumbung kereta terlebih dahulu, tetapi dia masih berdegil menyebabkan pengawal keselamatan terpaksa masuk campur bagi meredakan keadaan.

Kekecohan yang berlaku semasa acara automotif ini berlangsung mendapat perhatian media tempatan bahkan telah mula tular pada berita antarabangsa.

https://www.youtube.com/watch?v=ZCc0aVV9uLY

Pihak Tesla menyatakan wanita tersebut merupakan salah seorang pemilik kereta yang berasal dari Henan. Dia memang cukup terkenal kerana telah banyak kali memprotes mengenai isu brek Tesla.

Menurut portal dari China, pada bulan Februari lalu semasa wanita ini membawa ahli keluarganya bersiar-siar menaiki kereta Tesla Model 3, brek pada keretanya gagal berfungsi lalu meyebabkan mereka semua hampir kehilangan nyawa akibat kemalangan ngeri.

vocket-wanita-protes-kereta-tesla-rosak-2
Sumber Gambar: 163.com

Pihak Tesla telah cuba mengemukakan beberapa jalan penyelesaian dalam rundingan sebelumnya dengan wanita ini, tetapi dia berkeras untuk mengembalikan semula kereta sambil menolak untuk melakukan pemeriksaan bebas.

Wanita ini mendakwa kereta Tesla mempunyai masalah pada sistem brek, tetapi pihak Tesla membidas dakwaannya dengan menyatakan data kenderaan tersebut menunjukkan kereta tersebut telah bergerak hampir 120km/j dan ketika itu sistem brek dan amaran kecemasan berfungsi dengan baik.

Pada awal bulan ini, sebuah rakaman video menunjukkan fungsi Auto-Pilot pada kereta Tesla gagal berfungsi kerana kesesakan lalu lintas yang sangat teruk.

Lalu Lintas Terlalu Sesak Di Vietnam, Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta

Rakaman Video Brek Proton X70 Gagal Berfungsi Cetus Kerisauan Netizen