Sejak akhir-akhir ini, gimik untuk mendapat perhatian semata-mata untuk viral semakin menjadi-jadi di kalangan pengguna media sosial.

Terbaharu, seorang influencer kerap kali menjadi buah mulut netizen ekoran prank serta telatahnya sekali lagi tampil dengan ‘gimik’ terbaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian Twitter @bawalsakti, influencer yang memandu Nissan GT-R ini lambat bergerak sewaktu lampu isyarat hijau membuatkan pemandu belakang membunyikan hon.

Beliau seterusnya tidak memilih untuk terus memecut, sebaliknya keluar kereta serta seakan ‘sekolahkan’ pemandu di belakang memaklumkan lampu isyarat baru sahaja hijau dan tidak sepatutnya hon dibunyikan.

Tindakan yang dilihat jelas gimik di mana pemandu di belakang seolah sudah bersedia dengan kamera untuk merakam telatahnya yang memadu Nissan GT-R secara tidak lagnsung telah mengundang kritikan netizen.

Rata-rata netizen memaklumkan gimik yang dilakukan jelas menyusahkan orang ramai. Tidak kurang juga yang memaklumkan gimiknya itu kurang menjadi. Berikut merupakan antara respon netizen terhadap tindakan beliau.

Sumber: Twitter @bawalsakti
Sumber: Twitter @bawalsakti

Diharapkan trend dan gimik seperti ini tidak lagi menjadi ikutan kerana bukan sahaja mengundang kecaman malah menyusahkan orang lain khususnya mereka yang benar-benar dalam kekalutan untuk sesuatu destinasi.