Sekiranya anda mengikuti perkembangan media sosial, pastinya anda cukup tahu di mana Caprice selaku rapper dan selebriti ini sememangnya sangat aktif dalam mengulas dan membincangkan isu yang tular dalam negara.

Di sebalik komen dan ulasan beliau terhadap isu yang tular, individu yang menggelarkan dirinya sebagai Tiger of AlQuds ini juga tidak terlepas daripada menjadi ‘bahan ulas’ pihak lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu MYDIN menerusi laman Twitter telah memuat naik tweet yang memaklumkan seorang pelanggan mereka terbeli ‘cap’ dan ‘rice’ namun sempat memulangkan semula selepas mendapati tidak memerlukannya. MYDIN turut memaklumkan pihak mereka sedia menerima semula ‘cap’ dan ‘rice’ yang pelanggan tersebut terbeli.

Gurauan dan perli daripada pihak MYDIN ini nampaknya telah mendapat perhatian Caprice yang berang dengan tindakan yang dilakukan. Caprice memaklumkan beliau berasa malu dan tidak lagi berasa selamat untuk membeli belah di MYDIN. Malah beliau mendakwa akan selamanya trauma dengan jurujual, pekerja dan pelanggan MYDIN.

Bukan itu sahaja, Caprice turut meminta pihak MYDIN membuat video permohonan maaf dan menurunkan tweet tersebut dalam tempoh 24 jam. Sekirannya pihak MYDIN ingkar dengan arahan yang diberikan, beliau sedia untuk memfailkan saman sebanyak RM30 juta.

Sumber: instagram Capricedaddycap

Dalam pada itu, Caprice memaklumkan ramai pihak yang mahu lihat beliau ‘koyak’. Walau bagaimanapun, peristiwa di Gaza membuatkan beliau lebih kuat sekaligus tidak mudah ‘koyak’ dengan tohmahan netizen dan pihak lain. Setakat artikel ditulis, pihak MYDIN menerusi laman Twitter masih belum menurunkan tweet mereka seperti yang dimahukan Caprice.

Kemas kini: Menerusi tweet MYDIN yang tular, dilihat Oppo juga mahu turut serta ‘memerli’ Caprice.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin juga turut memaklumkan Caprice boleh memfailkan saman kepada peguam MYDIN sekiranya mahu meneruskan saman.