Lathi Challenge telah berjaya menarik beberapa anak muda untuk mengasah bakat ‘make up’ mereka dengan beberapa gaya dan tarian yang ditonjolkan. Namun, ia tidak dapat diterima oleh beberapa agamawan dan mereka lantang mengeluarkan pendapat tanpa mengkaji lebih mendalam perbezaan budaya yang wujud.

Antara mereka yang lantang bersuara adalah Da’i Wan di mana dia mengatakan bahawa Lathi Challenge ini berasal daripada budaya jawa yang dilaporkan syirik dan khurafat. Namun kenyataanya sebelum ini telah pun dipadam selepas menerima kecaman dari netizen Indonesia dan Malaysia.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Da’i Wan juga dikecam oleh pemilik lagu Lathi, salah seorang anggota kumpulan Weird Genius, iaitu Reza Arap. Reza mahu  Da’i Wan membuat permohonan maaf di atas tuduhan yang dibuat dan lakukan video Lathi Challenge sebagai salah satu syarat permohonan maaf.

Terbaharu, Da’i Wan telah pun membuat permohonan maaf. Dia menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk menasihati umat Islam di Malaysia untuk lebih berhati-hati dengan ‘sesetengah’ kepercayaan ritual daripada perbuatan Lathi Challenge dan tidak pernah berhasrat menuduh budaya Jawa secara keseluruhan.

Permohonan maaf itu tidak hadir dengan video Lathi Challenge sebagai salah satu syarat yang diletakkan oleh pencipta lagu terbabit. Reza dilaporkan telah menerima permohonan maaf tersebut dan menunggu untuk Da’i Wan melakukan video Lathi Challenge tersebut.

Beberapa netizen dari Indonesia dan Malaysia juga menunggu video Lathi Challenge daripada Da’i Wan. Manakala di ruangan balas, netizen Indonesia yang lain turut meluahkan rasa kecewa apabila ada yang bercakap buruk mengenai budaya mereka.

Untuk bacaan lanjut mengenai Lathi Challenge, klik pautan di bawah untuk membaca.

Seram Dan Didakwa Berunsur Syirik, Penceramah Minta Hentikan ‘Lathi Challenge’

Faizal Tahir Tenang Terima Sindiran Selepas Tegur Netizen Buat ‘Challenge’ Tidak Berfaedah

Anda Mungkin Suka