Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini sekumpulan orang ramai telah menyerbu sebuah pejabat kurier untuk mencari seorang pekerja supaya dia memohon maaf kepada lelaki kurang siuman di Bandar Baru Samariang, Sarawak.

Kejadian itu berlaku selepas pekerja kurier itu membuli seorang lelaki kurang siuman dengan menggunakan mercun, selepas itu dia cuba mengacah mahu memukul dan mencucuk mangsa dengan satu objek. Rakaman video itu dipercayai dirakam oleh rakan sekerjannya.

@malaysianupdatenews

Pekerja syarikat kurier serang lelaki tak siuman guna mercun tampil mohon maaf. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate

‚ô¨ Sudah Tak Cinta – Ziell Ferdian

Semasa orang ramai berada di hadapan pejabat kurier itu, berlaku pertikaman lidah di antara kedua-dua belah pihak. Beberapa orang awam dan pekerja kurier meletakkan bakul besar sebagai ‘penghadang’ bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Kelihatan kira-kira lebih 20 orang memenuhi lorong belakang bangunan pejabat kurier tersebut sambil menjerit-jerit memarahi pekerja kurier itu yang bertindak kurang ajar dengan melakukan kekerasan terhadap lelaki kurang siuman itu.

@malaysianupdatenews

Orang awam pantas menemui lelaki tersebut dan menyuruhnya meminta maaf kepada mangsa. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate

‚ô¨ original sound – Malaysian Update – Malaysian Update

Dalam satu video yang lain pula, pekerja kurier itu yang kelihatan pucat sedang berjabat tangan dengan lelaki kurang siuman itu untuk memohon maaf sambil disaksikan oleh puluhan orang ramai yang lain.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis Ahsmoh Bajah mengesahkan mereka telah menerima satu laporan mengenai kejadian terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera ke atas mangsa dengan menggunakan objek. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda.

@malaysianupdatenews

Reply to @samsolkamalmahmud Dah minta maaf.

‚ô¨ original sound – Malaysian Update – Malaysian Update

Pada masa sama, kes itu turut disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun yang sama kerana cuai berkenaan apa-apa bahan letupan (mercun). Suspek boleh dihukum sehingga enam bulan atau denda jika sabit kesalahan.

Kedua-dua suspek yang terlibat berjaya ditangkap dan akan direman di Mahkamah Kuching dan akan dituduh di mahkamah sebaik sahaja mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

Pihak polis menasihatkan orang awam agar tidak bertindak melampui batas yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada orang awam lain. Kenyataan tersebut dikongsikan melalui Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Polis telah membuka kertas siasatan selepas tular satu rakaman video satu pasangan mendakwa seorang pemilik pusat penginapan telah bersikap kurang ajar terhadap mereka.

Dakwa Terima Layanan Buruk Pemilik Pusat Penginapan, Polis Telah Buka Kertas Siasatan

‘Dah La Gemuk, Muka Pun Tak Ada’ – Perempuan Maki Teman Lelaki Selepas Kantoi Curang

Seorang Datuk Didakwa Selepas Terbangkan Sebuah Helikopter Untuk Ambil Nasi Ganja Di Ipoh

Anda Mungkin Suka