Tular baru-baru ini apabila seorang peniaga nasi lemak di Seri Kembangan yang berjaya membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang sehingga 7 jam ekoran kesedapan nasi lemak yang ditawarkan.

Kesabaran orang ramai mendapatkan nasi lemak wanita ini sekaligus telah mendapat perhatian ramai yang berminat untuk mencuba hidangan daripada Akka Nasi Lemak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, gerai yang diusahakan oleh Sangeetha ini nampaknya diuji dengan ragam pelanggan apabila terdapat pelanggan yang mendakwa peniaga ini tidak mahu menjual nasi lemak kepada beliau selepas penat beratur panjang. Berikut dikongsikan insiden yang berlaku menerusi perkongsian Twitter @JackSingh01.

Difahamkan Sangeetha yang menjual di gerai ini sekadar menjual 50 bungkus nasi lemak pada hari tersebut dan semuanya habis terjual.

Walau bagaimanapun, disebabkan masih terdapat baki lauk yang banyak, beliau memilih untuk memaklumkan kepada para pelanggan untuk sekadar menjual lauk-pauk sahaja.

Pertelingkahan berlaku apabila terdapat seorang pelanggan yang beratur panjang tidak dapat membeli nasi lemak manakala pelanggan seterusnya yang turut beratur bersama berpeluang mendapatkan lauk nasi lemak.

Berang dengan ‘layanan’ yang diberikan, beliau memilih untuk marah Sangeetha di tempat kejadian kerana berpendapat Sangeetha pilih kasih dalam menjual.

Sementara itu ramai yang memuji tindakan anak Sangeetha yang tampil untuk mempertahankan tindakan ibunya daripada dimaki oleh pelanggan.

@ark.478

A different view of what happened. Small businesses need our support ❤️#akkanasilemakserikembangan #akkanasilemak #letsnotfight

♬ original sound – ArK – ArK

Setakat ini masih belum terdapat penjelasan lanjut mengenai insiden melibatkan gerai yang baru sahaja tular di kalangan komuniti India ini.

Sumber