Sudah menjadi tanggungjawab bagi orang ramai khususnya umat Islam dalam berpakaian secara sopan. Hal ini secara tidak langsung dapat menjaga kehormatan seseorang dan mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Terbaharu, tular di TikTok @miakhalidah di mana beliau telah memuat naik sebuah video memperlihatkan tindakan suaminya yang ‘mempertahankan’ beliau selepas mendapati seorang lelaki tua yang tidak dikenali menyoal tentang pemakaian beliau.

Teguran lelaki tua ini telah membuatkan wanita ini memaklumkan kepada suaminya sebelum suaminya berdepan dengan lelaki tersebut dalam memaklumkan soal adab dan dosa isteri yang ditanggung oleh beliau.

https://www.tiktok.com/@miakhalidah/video/7126533712145108251?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tindakan suami wanita tersebut yang dilihat berang menerusi video yang dirakam isterinya telah membuatkan video ini tular sekaligus menimbulkan pelbagai komen daripada pihak netizen yang mempersoalkan tindakan kedua-dua belah pihak.

Terdapat netizen yang menyokong tindakan lelaki tua tersebut menegur pakaian yang dipakai wanita tersebut dan terdapat netizen yang bersetuju dengan tindakan suami wanita tersebut dalam mempertahankan isterinya. Malah selebriti Izara Aisyah juga dilihat antara yang turut memberi komen mengenai video ini.

TikTok @miakhalidah
TikTok @miakhalidah
TikTok @miakhalidah

Setakat artikel, video yang baru sahaja dimuat naik ini telah meraih lebih 2.5 juta tontonan serta lebih 10,000 komen daripada netizen.

Tular pada minggu ini apabila seorang jurugambar tempatan berjaya temui Dolly yang turut dikenali sebagai ‘Jack Sparrow India’ setelah lebih 20 jam perjalanan.

Perjalanan Lebih 20 Jam, Jurugambar Teruja Jumpa Dolly Pembuat Teh Paling Famous Di India

Netizen Kagum Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Ah Long Sehingga Tertunduk Diam