Sebut mengenai kereta Tesla pasti yang mendambakannya. Berjaya merevolusikan industri kereta dalam menggunakan tenaga elektrik serta teknologi terkini membuatkan kereta daripada jenama ini menjadi impian buat orang ramai.

Dalam pada itu, jenama Tesla sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas model yang ditawarkan jenama ini lewat diterima kepada pembeli sehingga enam bulan. Kegagalan menawarkan kereta dalam tempoh yang singkat buat para pembeli secara tidak langsung membuatkan para pembeli berang.

Lebih epik, ahli UFC, Beneil Dariush baru-baru ini membuat kejutan sejurus selepas kemenangan beliau di UFC dengan ‘mendedikasikan’ kemenangan beliau kepada Elon Musk yang gagal menawarkan kereta Tesla yang ditempah beliau selama enam bulan.

Beliau seterusnya turut menyuarakan perkara yang sama menerusi sidang media yang dijalankan UFC. Masalah yang disuarakan beliau telah mendapat perhatian Elon Musk yang memberi maklum balas di Twitter mengatakan kereta Tesla beliau bakal tersedia tidak lama lagi.

Difahamkan sejumlah besar pembeli Tesla turut mengalami situasi yang sama di mana mereka perlu menanti selama empat hingga enam bulan untuk mendapatkan model yang ditempah. Untuk pengetahuan, Beneil Dariush berjaya menewaskan individu yang cukup dikenali ramai di UFC iaitu Tony Ferguson pada UFC 262.

Tular pada bulan lalu apabila fighter UFC ini menang tanpa satu tumbukan selepas pihak lawan patah kaki 20 saat selepas perlawanan bermula.

Pihak Lawan Patah Kaki, ‘Fighter’ UFC Ini Menang Tanpa Satu Tumbukan Dilancarkan

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel