Hidup di kawasan kejiranan sememangnya mengajar orang ramai untuk bertolak ansur serta menghormati antara satu sama dengan yang lain. Selain itu, kehidupan berjiran turut dapat membantu dalam meningkatkan jumlah kenalan di kawasan setempat.

Dalam pada itu, terdapat segelintir jiran yang tidak bertimbang rasa dalam mengambil hak jiran yang lain. Situasi ini nampaknya turut berlaku kepada salah seorang keluarga ini menerusi TikTok @queen_mekarsari88 di mana suaminya memilih untuk menjual kereta jiran sendiri.

Difahamkan isu ini berlaku disebabkan jiran berkenaan kerap parkir kenderaan di hadapan rumah beliau meskipun setiap rumah sudah dilengkapkan dengan tempat parkir tersendiri.

@ana_farhana91

bila mai pala gila @saudagar868 adoiii peningggggg #fyp #habuannnlaaaaa #peningggggg

♬ Pamela – Yosh🇵🇭

Lebih menjadi perhatian orang ramai serta netizen, beliau telah ‘mengiklankan’ kereta Hyundai Matrix berkenaan dengan harga serendah RM800 sahaja. Pembeli bukan sahaja bakal menerima kereta malah turut diberikan pam racun secara percuma.

‘Iklan’ yang dibuat nampaknya telah mendapat perhatian pemilik asal yang sekaligus mengalihkan kenderaan ke lokasi rumah beliau menerusi video terbaru yang dikongsikan.

@ana_farhana91

Balas kepada @zuera37 part 2 harap² serik la..rumah kat lain parking ya kat lain😅

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Situasi yang berlaku jelas membuatkan para netizen puas melihatkan kepada tindakan yang dibuat sekaligus menjadi pengajaran kepada individu lain yang kerap parkir kenderaan di kawasan rumah kejiranan lain. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Sumber: Tiktok @queen_mekarsari88
Sumber: Tiktok @queen_mekarsari88

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang khususnya buat mereka yang menetap di kawasan taman perumahan kerana secara tidak langsung mengambil hak kejiranan dengan parkir kenderaan di kawasan rumah mereka.

Tular pada minggu ini apabila Yusuf Azmi mahu berjumpa ZhafVlog ajar mengenai adab selepas nilaikan filem Syahadan dengan 3/5 shit.

Yusuf Azmi Berang ZhafVlog Nilai Filem Syahadan ‘3/5 Shit’, Mahu Jumpa Ajar Pasal Adab

‘Ejaan Sahaja Berbeza’- Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?