Seorang wanita berusia 21 tahun dari Orlando, Amerika Syarikat kini dalam pemantauan polis kerana didakwa membunuh adik perempuannya disebabkan teman lelaki di dalam permainan video, Valorant.

Fatiha Marzan ditangkap dan dikenakan pertuduhan membunuh adiknya, Syma Marzan yang berusia 20 tahun. Difahamkan suspek berbuat sedemikian atas dasar cemburu dengan Syma Marzan yang memikat teman lelakinya di dalam Valorant.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Yahoo News

Menurut polis, suspek telah membuat perancangan dalam tempoh dua minggu untuk membunuh adiknya serta membeli sebilah pisau daripada laman Amazon. Kisah gelap ini bermula apabila mangsa dilaporkan berkomunikasi bersama teman lelaki suspek di dalam sesi permainan Valorant.

Suspek berasa kurang selesa dengan tindakan tersebut kerana menganggap mengacau privasi hubungannya bersama teman lelaki yang sudah dikenali sejak lima tahun lalu. Perkara ini bertambah melarat apabila teman lelakinya meluahkan perasaan sangat menyukai terhadap mangsa iaitu Syma.

Sumber Gambar: Wikipedia

Suspek pun selepas itu mengambil langkah drastik dengan menikam Syma berulang-kali sewaktu seisi rumah sedang tidur. Kemudian, suspek menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan insiden tersebut lalu berjaya diberkas selepas itu.