Kekuatan sesuatu perniagaan lebih-lebih produk kecantikan sangatlah bergantung pada stokis dan ejen. Semakin banyak hasil jualan dibuat, semakin cerahlah perniagaan itu dapat terus hidup dalam pasaran.

Baru-baru ini seorang team leader suatu produk kecantikan memuat naik rakaman video di mana dia memunggah keluar daripada kereta dan membuang ribuan sacet minuman ke dalam tong sampah besar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, insiden itu berlaku apabila founder mula menjual produk tersebut kepada pemborong sehingga menyukarkan dirinya membuat jualan. Lelaki itu menyatakan dia perlu ambil masa satu tahun untuk menghabiskan 10,000 kotak.

Bagaimanapun masih ada 2,000 kotak lagi yang masih belum terjual dan dia terpaksa membuangnya kerana tarikh luput sudah hampir.

@fareedrashidl

Founder bukan boleh caya pun #fypシ

♬ original sound – rhianne

Rata-rata netizen bersimpati dengan ejen tersebut dan berharap dia dapat tabah dengan ujian perniagaan tersebut dan berpesan agar dia dapat berhati-hati untuk memilih produk jualan pada masa hadapan.

Tambah netizen lagi, kebanyakkan founder menjadi ‘kaya’ bukan disebabkan produk mereka terjual kepada pelanggan, sebalik disebabkan mereka mengaut keuntungan daripada ‘pakej-pakej’ yang dijual kepada para stokis & ejen di seluruh negara.

Sumber Gambar: TikTok @fareedrashidl
Sumber Gambar: TikTok @fareedrashidl
Sumber Gambar: TikTok @fareedrashidl
Sumber Gambar: TikTok @fareedrashidl

Menurut team leader tersebut lagi, dia sudah redha dengan apa terjadi dan menganggap itu adalah sebahagian asam garam kehidupan dalam sesuatu perniagaan.

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata semangat agar tidak berputus asa dan percaya akan ada rezeki lebih baik pada masa akan datang.